Cerita Auto

ABT Volkswagen T5 Sporting Van

Johann-Abt-Street baharu di Kempten adalah antara perhentian bas paling terkenal di German sekurang-kurangnya untuk VW T5.  Lagipun, produk tuning bas kultus ini adalah antara model ABT Sportsline yang paling laris! Tidak akan terfikir begitu? Tapi jika anda melihat hasilnya, anda akan tahu sebabnya. Dan permintaan boleh meningkat lagi.

2015-abt-volkswagen-t5-sporting-van-02

“Pelanggan kami akan mendapat gril depan, spoiler belakang, suspensi spring dan set roda CR 20”, termasuk pemasangan dan kerja mengecat” kata CEO Hans-Jurgen Abt.  Bahagian kit badan yang menarik ini kit menjadikan T5 menyerlah daripada kategorinya. Sebuah gaya hidup lounge yang dinamik bergerak! Roda 20”ABT CR menyudahkan penampilannya dan mempunyai dimensi yang betul bagi sebuah kereta yang kukuh.  Spoke berkembar dengan geometri yang unik dan rim roda, dengan ‘mystic charcoal matt’ dan diamond-machined pada bahagian depan menambahkan citarasa harmoni.

Bahagian ‘Sporting’ pada nama kereta juga memberi ekspresi pada pengawalannya.  Dengan suspensi spring ABT, model T5 ini bukan saja tampak dinamik tetapi juga kawalan yang sama seperti kereta penumpang lain.  Inilah bagaimana kejayaan sebuah konsep ruang patut kelihatan.

2015-abt-volkswagen-t5-sporting-van-05

Previous post

Proton Exora Varian Baharu

Next post

Kereta BMW, Mini & Rolls Royce Digodam

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *