Psst!

Teaser Kereta Compact Baru Proton

proton4-600x373

Proton telah mengeluarkan gambar gambar kereta global compact barunya yang akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi.

proton5-600x387

Imej-imej menunjukkan hatchback 4 pintu dengan gaya pinggir tajam yang meniru sedan sedan Proton yang lebih besar.

proton3-600x292

Ciri-ciri keselamatan dalaman seperti beg udara  depan dan tepi untuk semua penumpang, sistem stereng kuasa elektrik (EPS) untuk memudahkan pemandu dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan, pilihan transmisi manual atau automatik. Proton mendakwa bahawa enjin baru ini akan menjimatkan petrol sehingga 10% lebih berbanding dengan enjin CamPro yang lama.

proton1-600x359

Unit audio pula dilengkapi dengan ciri ciri bantuan parking, navigasi dan Bluetooth. Butang start stop. Ruang yang cukup untuk 5 orang dewasa. Dilengkapi dengan tidak kurang daripada 10 sistem elektronik berkomputer, 6 beg udara dan Reinforced Safety Structure Proton (RESS) dengan teknologi Hot Press Forming.

proton2-600x293

Peralatan keselamatan kelulusan ANCAP 5 bintang dan kawalan dinamik kenderaan. 2 enjin baru akan ditawarkan, 1.3 liter dan 1.6 liter, kedua-duanya berteknologi Variable Valve Timimg (VVT) untuk lebih kuasa dan penjimatan bahan api yang lebih baik. Tiga varian akan ditawarkan, ‘Standard’, ‘Eksekutif’ dan ‘Premium’, dengan tujuh warna pilihan.

proton6-600x292

Proton Compact baru ini akan menggabungkan komponen komponen berkualiti yang lebih baik dan ciri-ciri standard yang tidak pernah dilihat didalam mana-mana Proton Compact sebelum ini. Jauh melebihi kereta-kereta Proton yang lebih besar seperti Preve dan Suprima S.

Tungguuu. Berita lanjut akan menyusul sebaik saja kami menerimanya.

Previous post

Kenalkah Anda Dengan Sensasi Internet Ini?

Next post

Ada SUV baru di pasaran! Ford EcoSport Urban SUV.  Dari RM92,888.00

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *