Psst!

Kenalkah Anda Dengan Sensasi Internet Ini?

Mikrofon merah ini amat dikenali sekarang. Namanya CM25 dari Scarlett Studio. Popularitinya meloncat ketika Hari Raya Aidil Fitri baru baru ini kerana ianya digunakan oleh sensasi internet terbaru yang menyanyikan lagu Suasana di Hari Raya yang telah di tonton di internet oleh, setakat ini, lebih dari 88,000 kali. Sebenarnya dia ada banyak lagi video yang dikongsinya dimana dia menyanyikan lagu lagu popular tanah air.

Siapakah penyanyi ini?

https://www.youtube.com/watch?v=MRCwmNe_Svc

Memperkenalkan Elizabeth Tan. Dia berusia 20 tahun. Dia mula berjinak dengan You Tube pada tahun 2010 kerana dia berminat dalam bidang pengacaraan dan menggunakan You Tube untuk mempertingkatkan kemahiran pengacaraannya.

Kerana minatnya dengan lagu Havoc Joe Flizzow, Elizabeth telah memutuskan untuk merakamkan dirinya menyanyikan lagu itu dengan caranya tersendiri dan menyiarakannya di You Tube. Video itu setakat ini telah mendapat hampir 850,000 tontonan.

Ada banyak lagi lagu lagu nyanyian beliau. Selain dari menyanyikan lagu lagu popular kegemaranya dia ada juga mendendangkan lagu lagu gubahannya sendiri seperti ‘Maafkan Aku’ dan ‘Dessert Song’.

Mengapakah Elizabeth tengah meletop sekarang? 1. Kebolehan beliau menyanyikan lagu lagu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris dengan fasih. 2. Cara nyanyian ala Zee Avi dan Yuna yang memang di minati ramai. 3. Suara lunak dan serak serak basahnya. 4. Dia pandai bermain ukulele. 5. Lagu lagu gubahanya adalah mengenai kehidupan dan pilihan. 6. Alat rakaman pilihan Elizabeth ialah Scarlett Studio oleh Focusrite.

SS-product-page-banner-eng

Ikutilah You Tube Channel beliau untuk koleksi video-videonya yang lama, baru dan yang akan datang:

You Tube Elizabeth Tan

 

Previous post

BukuBuku

Next post

Teaser Kereta Compact Baru Proton

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *