Cerita Auto

Ada SUV baru di pasaran! Ford EcoSport Urban SUV.  Dari RM92,888.00

Kini boleh didapati disemua kedai kedai Ford di seluruh Malaysia dengan 2 variasi. Trend dengan harga RM92,888 dan Titanium dengan harga RM103,888.

Ford Ecosport ini merupakan ahli terbaru dalam keluarga kereta kereta segmen B yang kian bertambah di seluruh dunia.

Picture-2-600x308

EcoSport menawarkan pemandu alternatif yang berpatutan dan aspirasi untuk kereta kompak yang memberikan keseronokan, kebebasan dan pengembaraan tanpa menjejaskan keselamatan, “kata David Westerman, managing director, Malaysia and Asia Pacific Emerging Markets, Ford Motor Company.

Berdasarkan kepada landasan segmen-B global Ford yang menyokong Ford Fiesta, EcoSport serba baru ini menggabungkan ketangkasan, kemampuan dan kecekapan bahan api kereta penumpang compact dengan fleksibiliti, gaya dan kedudukan memandu sebuah SUV. Penjimatan bahan api yang unggul, pergerakkan mudah dan pelbagai ciri-ciri pintar, EcoSport merupakan pilihan  kenderaan yang tepat sekali untuk kedua-dua jalan bandar dan jalan luar bandar. Ianya memang selesa samada semasa meredah banjir atau pun semasa menghiburkan pemandu dengan pemilihan muzik dan pengunaan talipon hands free, sambil menawarkan penumpang tahap keselesaan yang cemerlang dan senyap.

Picture-1-600x266

EcoSport serba baru ini dikuasai enjin petrol 4 silinder global Ford 1.5 liter twin independent variable camshaft timing (Ti-VCT) dengan kuasa 110 PS dan torque 142 Nm, transmisi otomatik Ford Powershift 6 speed dengan Select Shift. Penggunaan petrol 15.4km/L and pelepasan karbon dioksida 154g/km.

Tiga warna di tawarkan untuk Ford EcoSport Trend – Candy Red, Midnight Sky dan Frozen White – sementara varian Titanium dengan warna Mars Red, Winning Blue, Midnight Sky and Frozen White.

Previous post

Teaser Kereta Compact Baru Proton

Next post

Nissan Pulsar Model 2015 - Cabaran Terbaru Segmen Hot Hatch

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *