Gaya Hidup

Maserati Dapat Suit Zegna & Berbagai Lagi

Sempena sambutan 100 tahun kewujudan Maserati, pengeluar kereta Itali bekerjasama dengan Fashion House mewah terkenal Ermenegildo Zegna. Dua jenama eksklusif berkongsi visi dan bakat mereka untuk mentakrifkan semula 100 kenderaan Quattroporte unik. Sebagai memperingati pelancaran edisi terhad ini, setiap Quattroporte Ermenegildo Zegna datang dengan siri aksesori unik, yang dipanggil Owners Collection.   Saingan hebat dari rakan2 pesaing lain buatkan Maserati terpaksa melonjakkan ketukangan bertaraf dunia Itali ini ke hadapan untuk menghasilkan produk yang eksklusif sebaik mungkin. Mungkin itu sebab mengapa pembuat automotif ini memutuskan untuk ber-rakan kongsi  dengan fashion house terkenal ini.

maserati-and-ermenegildo-zegna-partner-up-for-100th-anniversary-collection_4-600x385

Hanya 100 kenderaan yang unik ini akan dihasilkan, ditakdirkan (dicipta) secara eksklusif untuk para pecinta reka bentuk automotif. Menurut Maserati, setiap perincian dalaman Qauttroporte Zegna Limited Edition ini menawarkan kemewahan dan penghalusan yang tiada tandingannya.

maserati-and-ermenegildo-zegna-partner-up-for-100th-anniversary-collection_3-600x354

“Kami menyajikan sutera indah dan kulit halus Greige (kelabu dan kuning air), Burr Walnut dan krom kilat. Fabrik terbaik Zegna ini, bayangan klasik yang muncul dalam warna Platinum Sutera yang sempurna melengkapi ruang dalaman. Bodywork anggun mengenakan bonet bagi penghormatan kepada reka bentuk ikonik yang dulu, manakala rekaan keseluruhan adalah moden”.

maserati-and-ermenegildo-zegna-partner-up-for-100th-anniversary-collection_5-600x406

Bahagian luar juga mendapat sentuhan perkongsian mereka, kerana ia memaparkan bukan sahaja trisula Maserati, tetapi juga logo unik Ermenegildo Zegna untuk edisi eksklusif ini. Ini membawa kita pula kepada hasil sampingan kerjasama ini yang merupakan siri aksesori unik, Owner’s Collection. Menurut Maserati, setiap satu dari 19 barangan dalaman ini mencerminkan tema yang memperlihatkan keanggunan ruang dalam kereta, selain dari memaparkan kehebatan rekacipta mereka yang tersendiri. Koleksi eksklusif ini termasuk selendang sutera dengan motif chevron dan selimut berkelah mewah.

Previous post

Pembangunan Audi TT CROSSOVER Disahkan

Next post

Telur Berlada Sofyan #JejakMakanRoss 003

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *