Jejak Makan

Telur Berlada Sofyan #JejakMakanRoss 003

[Jangan lupa tonton video bawah sekali]

#JejakMakanRoss 003 dengan WAZE: http://waze.to/lr/hw281kc8dk

Rasanya tidak didapati di mana-mana tempat lain ni. Hanya di Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan, Klang. Berdekatan dengan Masjid Kampung Kuantan.

Kedai Telur Berlada Sofyan, Jalan Bukit Kuda, Klang.

Tiga sekawan 20 tahun dulu berniaga warung makanan bersama. Kemudian, masing masing membuka gerai sendiri. Saya direkomenkan datang ke yang ini. Tuan punya yang ini adalah juga tukang masaknya. Abang Sofyan bin Karajan. So, sebelum duduk makan tanya dulu yang ini Sofyan Telur Berlada ke? Kalau ya. Ok lah. Boleh order. Yang ni best sebab Sofyan sendiri yang masak dan dia ‘cook to order’. Bila orang order baru dia masak so pasti segar, panas dan sedap. Yang lain lain tu dah masak siap siap dan simpan dalam balang bila order dia ceduk dari balang. Kureng syiok lah macam tu.

Abang Sofyan Karajan.

Pembantu2 Abang Sofyan.

Sebahagian bahan2nya. Order baru masak.

Bahagian Airnya.

Bahan utama Telur Berlada ini adalah Telur, Lada dan Nasi. Itu saja. Mungkin anda pikir biasa saja  tetapi rasanya world. Yang menggiurkan adalah nasi dan telur berladanya yang panas berasap dan juga panas kepedasan ladanya. Tenguk saja dah tau sedap sebab warna putih nasi dengan merah lada dan telur di atas yang buat air liur meleleh.

Inilah dia Telur Berlada.

Ianya boleh dimakan begitu saja tapi lauk sampingannya biasanya adalah Daging Cili Padi atau Ayam Cili Padi. Juga di goreng hanya bila di minta. Saya rasa kepedasan cili bergantung kepada musimnya sebab hari itu saya makan semua licin dan Abang Izhar yang bawa saya ke sana terkejut sebab saya telan semua dengan cili padinya sekali dan perut saya tidak terbakar. Semua heran.

Lauk sampingan. Ayam Cili Padi.

Lauk sampingan. Daging Cili Padi.

Harga berpatutan sangat. Tiap tiap hidangan berharga RM4:00. Telur Berlada RM4:00. Daging Cili Padi atau Ayam Cili Padi RM4:00

Suasana kampung yang nyaman. Rumah Sofyan di belakang kedainya.

Saya pasti akan datang kembali. Simple, sedap, murah, bersih, suasana nyaman, orangnya peramah. Semua cukup. Sebab itu, GG bagi 5 bintang. Paling top.

Gohed Gostan Rating:

five-stars

#JejakMakanRoss

#RossEatBeat

 

 

Sedap atau tidak? Cuba teka.

 

 

 

Previous post

Maserati Dapat Suit Zegna & Berbagai Lagi

Next post

Kereta Konsep SsangYong XIV-Air & XIV-Adventure Untuk Paris

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *