Motosikal / Lain Lain Roda

Pemilik Honda RS150R dari Selangor dan Perak Jalin Persahabatan

Gombaking, sebuah kelab pemilik Honda RS150R yang berpengkalan di Selangor, telah berjaya menganjurkan konvoi ke negeri Perak bersempena dengan sambutan Hari Buruh baru-baru ini. Konvoi tersebut disertai oleh beberapa kelab RS150R negeri tersebut yang berkumpul di Ngee Fatt Motors Enterprise yang terletak di Batu Gajah, menjadikan jumlah peserta seramai 130 orang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

facebook_1525222878459

Kelab-kelab yang mengikuti konvoi “Gombaking Ride Tour Silaturrahim” adalah seperti berikut:

  • RS Gopeng Community (Gopeng)
  • RS Hilir Perak Crew (Teluk Intan)
  • RS Tapah Chapters (Tapah)
  • RS Owner Club Perak (Ipoh)
  • RS SilverState (Ipoh)
  • RS Gerik Crew (Grik)
  • RS Muallim (Tanjung Malim)
  • RS Manjung Club (Manjung)
  • RS Raintaker (Taiping)

IMG_20180501_120828

Di Ngee Fatt Motors, pihak penganjur mengambil kesempatan untuk mengukuhkan ikatan persahabatan antara ahli-ahli kelab menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti sesi bergambar, cabutan bertuah serta permainan.

IMG_20180501_112304

Bukan itu sahaja, setiap peserta turut menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ngee Fatt Motors. Turut hadir adalah Pengurus Besar Boon Siew Honda, Yee Lip Kwong. Beliau memberikan ucapan ringkas dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan konvoi tersebut.

IMG_20180501_124244

Konvoi ini diakhiri dengan satu lagi sesi bergambar di Kellie’s Castle, yang merupakan salah satu mercu tanda seni bina paling terkenal di negeri Perak.

IMG_20180501_104838

IMG_20180501_121900

IMG_20180501_122958

IMG_20180501_134101

facebook_1525222817724

 

 

 

Previous post

Serlahkan Gaya Anda Dengan Volkswagen Pada Musim Perayaan Ini

Next post

Brabham BT62 Sedia Bersaing Dengan McLaren Senna

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *