Bisnes

Laurence Noël Dilantik Sebagai COE Kilang Naza Automotive Manufacturing

Groupe PSA dan Naza Corporation Holdings telah mengumumkan pelantikan Laurence Noël sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kilang Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain Ketua Pegawai Eksekutif NAM, Laurence Noël juga dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Groupe PSA berkuat kuasa pada 1 Mei 2018. Beliau akan melaporkan kepada Carlos Gomes, Naib Presiden Eksekutif, China & Asia Tenggara.

Beliau menyertai Groupe PSA pada tahun 1995 dan memegang pelbagai jawatan dalam bahagian Projek Powertrain dan Program. Beliau kemudian mengambil alih program Powertrain, Platform dan Modul pada tahun 2014.

Dalam kedudukan barunya yang berpangkalan di Kuala Lumpur, beliau akan ditugaskan untuk mempercepatkan pembangunan Groupe PSA di Asia Tenggara, seperti yang diumumkan dalam rancangan ‘Push to Pass’ pada tahun 2016.

Groupe PSA memegang majoriti kepentingan dalam operasi perniagaan NAM selepas menandatangani perjanjian penjualan saham dan usaha sama dengan Naza pada Februari 2018.

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Memperkenalkan Jenama EQ Berikutan Kejayaan S1 2018

Next post

Lynk & Co – Menepati Gaya Hidup Terkini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>