Motosikal / Lain Lain Roda

Naza Premira dan Metro Driving Academy Jalin Kerjasama

Dalam menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan menunggang lebih selamat, Naza Premira telah bekerjasama dengan Metro Driving Academy bagi membolehkan pelanggan mendapat lesen motosikal kelas B2 secara percuma dengan setiap pembelian model Vespa terpilih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis tandatangan perjanjian di antara kedua-dua syarikat itu dihadiri dan disaksikan oleh wakil dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Walaupun umum mengetahui bahawa mereka wajib mempunyai lesen menunggang untuk mengendalikan motosikal, masih ramai penunggang di Malaysia yang tidak mematuhi undang-undang ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Naza Premira, Farouk Faisal.

IMG_2870

Pengarah Urusan Metro Driving Academy, Mat Aris Bakar pula berkata, “Moto kami sentiasa untuk memastikan bahawa semua pelajar lulus ujian lesen menunggang mereka. Jika tidak, kami pastikan mereka berlatih sehingga lulus”.

IMG_2902

Sementara itu, mereka yang berhajat untuk memiliki Vespa namun sudah mempunyai lesen menunggang boleh memilih untuk mendapatkan baucar petrol percuma selama enam bulan. Promosi ini ditawarkan di bawah kempen “Vespa, Why drive?Let’s ride…”.

Previous post

Motonation 2017 Bakal Gegar Putrajaya

Next post

BMW 5 Series Dapat Pengiktirafan Keselamatan NCAP 5 bintang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *