Mazda CX-8 Bakal Dilancarkan di Jepun
Mazda telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan model SUV dengan tiga baris tempat duduk yang dikenali sebagai CX-8. Buat masa ini, model tersebut dikatakan hanya untuk pasaran Jepun, di mana CX-9 yang lebih besar tidak dijual. Berdasarkan gambar ‘teaser’ yang diberi, CX-8 dilihat mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang dengan susun …
Pakej Turbo BBR Beri Mazda MX-5 Lonjakan Kuasa
Kini dalam generasi keempatnya, Mazda MX-5 (atau Miata) terkenal dengan pemanduan menyeronokkan yang membuatkan ia digilai ramai. Namun, ramai yang berpendapat bahawa kuasa yang dihasilkan oleh enjin aspirasi natural (NA) model itu tidak mencukupi dan perlu dinaikkan lagi. Bagi tujuan itu, tuner terkenal Mazda iaitu BBR telah memperkenalkan pakej pengecas …
Autohaus Mercedes-Benz Hap Seng Star Kelapan Dibuka
Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star terus mengukuhkan kerjasama mereka dengan pelancaran Autohaus yang kelapan di negara ini. Dengan pelaburan sebanyak RM3.6 juta, Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus (HSS Bukit Tinggi) merupakan sebahagian daripada pelaburan Hap Seng Star berjumlah RM184 juta bagi mengembangkan perniagaannya di seluruh negara. Terletak secara …
Perodua Buka Bilik Pameran Baharu di Kota Samarahan
Perodua, melalui rakan niaga baharu iaitu MD Worlds Sdn Bhd, telah membuka outlet jualannya yang ke-199 (termasuk sub outlet jualan) bagi terus memperkukuhkan kehadirannya di pasaran Malaysia Timur. Outlet terbaru itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan …
Subaru XV 2.0i-S STI – RM122,688
Motor Image Malaysia, pengedar eksklusif kenderaaan Subaru di negara ini, telah memperkenalkan satu lagi varian XV yang dikenali sebagai XV 2.0i-S STI. Seperti namanya, varian ini tampil dengan pelbagai aksesori STI (Subaru Technica International) yang bukan sahaja memberikan crossover tersebut imej yang lebih sporty, malah pemanduan yang lebih meyakinkan. Pada …
Mazda3, Mazda6 dan CX-3 Kini Dilengkapi Dengan G-Vectoring Control
Selain daripada Mazda MX-5 RF baharu, Bermaz Motor turut mengumumkan kehadiran teknologi G-Vectoring Control (GVC) pada tiga model yang dijualnya iaitu Mazda3, Mazda6 dan Mazda CX-3. Satu lagi rekaan di bawah payung teknologi SkyActiv, GVC dikatakan menghasilkan pengendalian yang lebih lancar terutamanya di bahagian selekoh dengan mengawal tork yang dihasilkan oleh enjin …
Bermaz Motor Lancar Mazda MX-5 RF
Bermaz Motor, pengimport dan pengedar kenderaan Mazda di Malaysia, telah melancarkan Mazda MX-5 RF baharu. Model dengan bumbung ‘hardtop’ yang boleh dibuka itu kini ditawarkan dalam varian automatik dan manual. Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu Skyactiv-G 2.0-liter empat silinder yang menghamburkan 158 hp pada 6,000 rpm dan 200 …
Honda Civic Type R Kereta FWD Terpantas Di Nurburgring
Kurang dua bulan sebelum pelancarannya di Amerika Syarikat, Honda Civic Type R telah berjaya menduduki takhta kereta produksi pacuan roda hadapan (FWD) paling laju di dunia dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat di litar Nurburgring Nordschleife. Terdapat beberapa faktor penting yang membolehkan hot hatch tersebut mencatat masa terpantas di litar …
Naza Kia Malaysia Lancar Sorento HS dan Sportage GT Turbodiesel
Naza Kia Malaysia hari ini memperkembangkan barisan dieselnya dengan pelancaran dua model baharu iaitu Sorento HS dan Sportage GT turbodiesel. Kedua-dua model kini boleh didapati di kesemua pengedar sah Kia di seluruh negara. Sorento HS Mengutamakan rekaan premium, varian baharu ini didatangkan dengan lampu projektor HID dengan sistem lampu adaptif sebagai …
Hyundai Santa Fe Takluk Benua Antartika
Hyundai Motor menempa nama dalam sejarah apabila berjaya merentasi benua Antartika dengan menggunakan Santa Fe 2.2-liter diesel standard. SUV itu dipandu oleh Patrick Bergel, cicit kepada penjelajah kutub lagenda iaitu Sir Ernest Shackleton. Perjalanan yang bermula pada Disember 2016 itu adalah sebagai memperingati ulangtahun ke-100 ekspedisi Trans-Antartika yang dianjurkan oleh Shackleton dari …