Berita Auto

Autohaus Mercedes-Benz Hap Seng Star Kelapan Dibuka

Mercedes-Benz Malaysia dan Hap Seng Star terus mengukuhkan kerjasama mereka dengan pelancaran Autohaus yang kelapan di negara ini. Dengan pelaburan sebanyak RM3.6 juta, Hap Seng Star Bukit Tinggi Autohaus (HSS Bukit Tinggi) merupakan sebahagian daripada pelaburan Hap Seng Star berjumlah RM184 juta bagi mengembangkan perniagaannya di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terletak secara strategik bagi pelanggan di sekitar Klang dan Banting,, Autohaus 3S itu menampilkan ruang pameran yang mampu menempatkan enam kenderaan pada satu-satu masa, dan lapan ruang penyelenggaraan dengan kapasiti servis sehingga 450 kenderaan sebulan. Operasinya dijaga oleh 29 orang kakitangan terlatih.

Autohaus tersebut turut menggabungkan aspek-aspek Mercedes-Benz Presentation System II (MPS), selain daripada menyediakan perkhidmatan Service Differentiation,  yang merupakan perkhidmatan peribadi khas bagi keperluan individu pelanggan.

HSS Bukit Tinggi terletak di G-3A & G-5, MTBBT 2, Jalan Batu Nilam, 16, Bandar Bukit Tinggi Klang, sementara pusat servisnya berada di No. 15, Jalan Permata 2A/KS9, Taman Perindustrian Air Hitam.

Selain daripada Bukit Tinggi, Hap Seng Star juga mempunyai cawangan di Kinrara, Balakong, Kuala Lumpur (Jalan Sultan Ismail), Jalan Ipoh, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

 

Previous post

Perodua Bezza Kini Dijual Di Mauritius

Next post

Cub Prix: Fuad Belum Lega

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *