Cerita Auto

Pakej Turbo BBR Beri Mazda MX-5 Lonjakan Kuasa

Kini dalam generasi keempatnya, Mazda MX-5 (atau Miata) terkenal dengan pemanduan menyeronokkan yang membuatkan ia digilai ramai. Namun, ramai yang berpendapat bahawa kuasa yang dihasilkan oleh enjin aspirasi natural (NA) model itu tidak mencukupi dan perlu dinaikkan lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi tujuan itu, tuner terkenal Mazda iaitu BBR telah memperkenalkan pakej pengecas turbo ‘Stage 1’ yang dibangunkan khas untuk MX-5 2.0-liter model 2015 ke atas, termasuk MX-5 RF. Ia merangkumi pengecas turbo  ‘twin scroll’, sistem ekzos lengkap, kit induksi K&N serta perisian EcuTek RaceRom. ‘Boost’ pula ditetapkan pada 7 Psi.

MX-5 ND BBR

Selepas penukaran, kuasa yang dihasilkan melonjak dari 158 hp/200 Nm ke 248 bhp pada 7,150 rpm dan 320 Nm tork pada 3,250 rpm. Menurut BBR, ujian awal menunjukkan masa pecutan 0 – 96 km/h dipotong dari 7.3 saat ke hanya 5.0 saat, dengan nisbah berat-kuasa sekitar 233 bhp setiap tan. Kelajuan maksimum pula adalah 249 km/j.

MX-5 ND BBR 02

BBR berpengalaman luas dalam menambah pengecas turbo pada enjin MX-5 sejak tahun 1980-an. Bagi model ND, syarikat itu memulakan proses R&D pada tahun 2014 dengan menggunakan model Mazda3 bagi mengkaji teknologi baharu enjin Mazda iaitu SkyActiv-G. Hasilnya, pakej Stage 1 yang ditawarkan sesuai digunakan dengan enjin tersebut dan tidak akan menjejaskan komponen asal.

 

Previous post

Konsep BMW M4 Mamba GT3 Street Oleh Hoffy Automobiles

Next post

Mazda CX-8 Bakal Dilancarkan di Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *