Cerita Auto

Mazda3, Mazda6 dan CX-3 Kini Dilengkapi Dengan G-Vectoring Control

Selain daripada Mazda MX-5 RF baharu, Bermaz Motor turut mengumumkan kehadiran teknologi G-Vectoring Control (GVC) pada tiga model yang dijualnya iaitu Mazda3, Mazda6 dan Mazda CX-3.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Satu lagi rekaan di bawah payung teknologi SkyActiv, GVC dikatakan menghasilkan pengendalian yang lebih lancar terutamanya di bahagian selekoh dengan mengawal tork yang dihasilkan oleh enjin berdasarkan input stereng dan pendikit oleh pemandu. Pemandu bukan sahaja dapat mengawal kenderaan dengan lebih baik, malah akan berasa kurang letih.

Mazda3

????????

Selain daripada GVC, Mazda3 2017 turut menampilkan lampu LED di bahagian depan dan belakang serta rekaan jeriji yang lebih garang. Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Artic White, Blue Reflex, Meteor Grey dan Aluminium Metallic.

????????

Harga bagi Mazda3 GVC bermula dari RM112,598.79 bagi varian 2.0 SkyActiv-G Sedan GL, RM129,012.19 bagi 2.0 SkyActiv-G Sedan High, dan RM132,094.87 bagi 2.0 SkyActiv-G Hatchback High.

Mazda6

????????

Ditawarkan dalam varian Sedan dan Touring dengan pilihan enjin petrol dan diesel, Mazda6 tampil dengan beberapa perubahan kecil pada bahagian luaran dan dalaman seperti lampu isyarat sisi yang lebih besar, rekaan roda stereng yang lebih segar, paparan ‘head-up’ serta Multi Info Display (MID) baharu.

M6 GVC Details-Active Driving Display

Tujuh warna ditawarkan iaitu Soul Red Metallic, Sonic Silver, Deep Crystal Blue, Snowflake White Pearl, Meteor Grey, Machine Grey dan Jet Black. Harga termasuk insurans bermula dari RM170,407.58 bagi varian 2.0 SkyActiv-G Sedan, RM206,896.70 bagi 2.5 SkyActiv-G Sedan, RM211,006.94 bagi 2.5 SkyActiv-G Touring, dan RM215,264.67 bagi 2.2 SkyActiv-D Sedan.

CX-3

????????

Crossover model 2017 ini didatangkan dengan beberapa penambahbaikan seperti kemasan pada sisi pintu dan juga dua warna baharu iaitu Enternal Blue Mica dan Machine Grey Metallic.

CX-3 GVC Lifestyle-3

Selain itu, ia turut boleh didapati dalam warna Soul Red Metallic, Deep Crystal Blue, Snowflake White Pearl Mica, Ceramic Metallic dan Jet Black. Ia boleh menjadi milik anda dengan harga bermula dari RM138,373.25 termasuk insurans.

Previous post

Bermaz Motor Lancar Mazda MX-5 RF

Next post

RCR Berkongsi Sejarah New York International Auto Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *