Cerita Auto

Honda Civic Type R Kereta FWD Terpantas Di Nurburgring

Kurang dua bulan sebelum pelancarannya di Amerika Syarikat, Honda Civic Type R telah berjaya menduduki takhta kereta produksi pacuan roda hadapan (FWD) paling laju di dunia dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat di litar Nurburgring Nordschleife.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terdapat beberapa faktor penting yang membolehkan hot hatch tersebut mencatat masa terpantas di litar yang dikenali sebagai ‘Neraka Hijau’ itu dan salah satunya sudah tentu enjin VTEC Turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 306 hp dan 400 Nm tork. Kuasa yang dihamburkan disalurkan pula ke gandar hadapan melalui transmisi manual enam kelajuan dengan nisbah gear lebih rendah untuk pecutan yang lebih berkesan.

???????????????????????

Bukan itu sahaja, rekaan pakej aerodinamik yang agresif turut membantu Type R mendapatkan lebih kestabilan dalam kelajuan tinggi. Strutktur badannya bukan sahaja 15 kg lebih ringan berbanding model generasi sebelum ini, malah 38 peratus lebih tegar. Platform Civic generasi ke-10 yang digunakan menampilkan suspensi belakang jenis ‘multi-link’ yang mengurangkan kesan olengan dan membolehkan pemandu membrek dengan lebih lambat sebelum memasuki selekoh.

???????????????????????

Menurut Honda lagi, Civic Type R yang digunakan mempunyai aspek teknikal yang hampir sama dengan model produksi. Walaupun ‘roll cage’ dipasang untuk tujuan keselamatan,ia tidak memberikan ketegaran tambahan terhadap struktur badan. Namun begitu, berat badan berlebihan akibat penggunaan roll cage tersebut diimbangi dengan ketiadaan tempat duduk belakang dan sistem audio. Tayar yang digunakan pula adalah tayar jalanan dengan fokus kepada penggunaan litar.

 

 

Previous post

BMW HP4 Race - 215 HP, 171 KG dan 750 Unit Sahaja

Next post

Tesla Mengembangkan Rangkaian Supercharger Global Sebagai Persediaan Untuk Model 3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *