Cerita Auto

Hyundai Santa Fe Takluk Benua Antartika

Hyundai Motor menempa nama dalam sejarah apabila berjaya merentasi benua Antartika dengan menggunakan Santa Fe 2.2-liter diesel standard. SUV itu dipandu oleh Patrick Bergel, cicit kepada penjelajah kutub lagenda iaitu Sir Ernest Shackleton.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perjalanan yang bermula pada Disember 2016 itu adalah sebagai memperingati ulangtahun ke-100 ekspedisi Trans-Antartika yang dianjurkan oleh Shackleton dari 1914 hingga 1916. Satu filem pendek juga telah dibuat dan akan ditayangkan pada satu majlis khas di Hospital Club, London.

Ekspedisi yang mengambil masa selama 30 hari itu menyaksikan Santa Fe tersebut mengharungi permukaan berais sepanjang 5,800 km pada suhu -28 darjah Celsius. Bukan itu sahaja, Patrick juga terpaksa merancang laluan baharu yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana kenderaan beroda sebelum ini.

250417_Shackleton Returns 2

“Ia terasa lebih seperti belayar merentasi salji daripada memandu. Ia melibatkan ketahanan, bukan kelajuan. Kami bergerak pada kelajuan purata hanya 27 km/j,” kata Patrick.

Santa Fe yang digunakan adalah standard, kecuali tayarnya ditukar kepada yang lebih besar berbanding biasa. Bagi memuatkan tayar tersebut, badan SUV itu terpaksa ditinggikan menggunakan subframe baharu, manakala suspensi dan gear dipasang di dalam hab roda. Tangki minyak turut diubahsuai bagi membolehkan bahan api Jet A-1, satu-satunya bahan api yang terdapat di benua itu, digunakan. Ia juga dilengkapi dengan ciri pra-pemanas untuk lebih ketahanan dalam cuaca ekstrem.

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Catat Pertumbuhan Dua Digit Pada Suku Pertama 2017

Next post

Jaguar Mengusik Kita Dengan Bayangan XF Sportbrake di Padang Wimbledon

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *