Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Catat Pertumbuhan Dua Digit Pada Suku Pertama 2017

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menutup tirai suku pertama 2017 dengan cemerlang apabila mencatat jualan sebanyak 2,945 unit kenderaan, dengan pertumbuhan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut MBM, model-model limosin yang dipasang di Pekan iaitu C-, E- dan S-Class secara keseluruhannya merekodkan jualan sebanyak 1,820 unit, di mana 1,083 daripadanya adalah C-Class dan diikuti oleh E-Class dengan angka jualan sebanyak 610 unit.

Sementara itu, model-model kompak iaitu A-Class, B-Class, GLA dan CLA pula mencatat jualan sebanyak 434 unit. Barisan SUV pula mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan rekod jualan sebanyak 594 unit, peningkatan sebanyak 247 berbanding suku pertama 2016. GLC merupakan model paling popular dengan jualan sebanyak 491 unit.

Mercedes-Benz C350e

Bagi barisan model Dream Cars pula, MBM berjaya menjual 93 unit kenderaan sepanjang suku pertama 2017. Angka tersebut diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 365 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Untuk terus memenuhi permintaan pelanggan, MBM merancang untuk terus meningkatkan aspek perkhidmatan selepas jualan dengan ciri-ciri lebih mesra pelanggan di pusat-pusat pengedarannya di seluruh negara. Syarikat itu menyelenggara sebanyak 30,629 unit kenderaan sepanjang suku pertama tahun ini.

Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus (9)

Selain itu, MBM juga merancang untuk menambah sebanyak 14 lagi varian baharu yang terdiri daripada dua model baharu, satu model facelift, dan empat model edisi istimewa sepanjang tahun ini.

 

Previous post

Sudahkah Volkswagen Lupakan Scirocco Baru?

Next post

Hyundai Santa Fe Takluk Benua Antartika

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *