Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Model-Model EV Ini Mungkin Tiba Di Malaysia Pada 2022

Dalam pembentangan Bajet 2022 pada Oktober lalu, kerajaan Malaysian bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai bagi kenderaan elektrik (EV). Ini telah membuka kemungkinan untuk melihat ketibaan pelbagai jenis model EV baharu ke pasaran tempatan dan diharapkan keadaan ini dapat memacu penerimaan EV di seluruh negara.

Model-model yang disenaraikan ini sebenarnya dijangka akan memasuki pasaran Australia bermula tahun hadapan namun memandangkan EV dijual dari rantau ke rantau, kami rasakan terdapat kemungkinan yang sebahagian daripadanya juga mungkin akan sampai di Malaysia.

Audi RS e-tron GT

Diakui, kehadiran Audi di Malaysia mungkin tidak sekuat pesaing-pesaingnya dalam segmen premium namun kami berharap kejayaan yang dinikmati oleh Porsche Taycan sedikit sebanyak dapat meyakinkan Audi Malaysia untuk mempertimbangkan untuk membawa masuk model EV flagship-nya. Dan oleh kerana kedua-dua model ini adalah kereta yang sama dengan penggayaan (dan kuasa) yang berbeza, Audi Malaysia boleh menggunakan peluang ini untuk ‘menarik’ pembeli dari Porsche.

BMW i4

bmw-i4-edrive40-front-2.0

BMW i4 telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia selepas iX dan iX3. Tarikh pelancaran masih belum diumumkan namun kita berkemungkinan besar akan mendapat varian eDrive40 yang menawarkan 340 PS, masa pecutan 0-100 km/j 5.7 saat dan jarak pemanduan (berdasarkan kitaran WLTP) sejauh 590 km dengan satu cas penuh.

Genesis Electrified G80

Genesis-Electrified-G80-side-left-3.2

Tahun lalu, kami melaporkan yang jenama Genesis akan kembali ke Malaysia. Walaupun ia masih belum menjadi kenyataan, mungkin tidak keterlaluan untuk mencadangkan yang jenama mewah itu mungkin menandakan ketibaannya ke Malaysia dengan model EV. Electrified G80 merupakan model elektrik pertama Genesis, dengan jarak pemanduan 500 km sekali cas dan teknologi pengecasan pantas 350 kW.

Genesis Electrified GV70

GENESIS-GV70-ELECTRIFIED-studio-front-left-2.0

Setiap pengeluar kenderaan hari ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah SUV dalam barisan model mereka. Untuk portfolio EV mereka, Genesis boleh mulakan dengan menawarkan Electrified GV70 untuk bersaing dengan BMW iX3 dan Mercedes-Benz EQC yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Kia EV6

Kami boleh sahkan yang Kia EV6 akan dilancarkan oleh pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, tidak lama lagi. Melihat kepada harga model itu di Korea Selatan, United Kingdom and Australia, ada kemungkinan yang ia akan dijual di sini pada harga di bawah paras RM200,000. Kita tunggu dan lihat.

Kia Niro EV

Kia Malaysia mungkin akan mengambil masa untuk menilai dan meneliti keadaan pasaran sebelum melancarkan satu lagi model EV namun sekiranya mereka mengambil keputusan untuk berbuat demikian, Niro EV generasi kedua patut dipertimbangkan. Ia kelihatan segak, dilengkapi dengan pelbagai teknologi baharu dan paling penting, anda boleh memandunya sejauh hampir 500 km dengan satu cas penuh (dengan andaian ia menawarkan jarak pemanduan yang sama dengan model terdahulu).

Mercedes-Benz EQB

Ia bukanlah satu rahsia yang Mercedes-Benz Malaysia sangat komited terhad EV. Walaupun usaha mereka untuk memulakan ‘serangan’ EV dibantutkan oleh pandemik COVID-19, kami menjangkakan yang beberapa model elektrik jenama itu akan tiba di Malaysia bermula tahun hadapan. Ia mungkin bermula dengan EQB, secara asanya versi elektrik kepada GLB. Model tujuh tempat duduk itu menawarkan sehingga 200 kW, dengan kapasiti bateri mencecah 66.5 kWh.

Mercedes-Benz EQE

Mercedes-Benz EQE

E-Class tersangat popular di Malaysia dan atas sebab ini, Mercedes-Benz Malaysia mungkin akan membawa masuk versi elektriknya iaitu EQE untuk menarik ramai pembeli supaya membeli EV. E350, salah satu daripada dua varian EQE yang akan ditawarkan, mempunyai 215 kW dan 350 Nm, serta beberapa teknologi yang diperoleh daripada EQS seperti MBUX Hyperscreen.

Toyota bZ4X

Toyota bZ4X

Toyota bZ4X merupakan model pertama dalam siri bZ Toyota dan ia berkongsi platform dan teknologi dengan Subaru Solterra. Model ini boleh didapati dalam konfigurasi pacuan roda hadapan dan pacuan semua roda, dengan jumlah kuasa keseluruhan mencecah 150 kW untuk FWD dan 160 kW untuk AWD. UMW Toyota Motor ketika ini sedang sibuk dengan persiapan untuk melancarkan Corolla Cross Hybrid CKD namun tidak mustahil yang bZ4X bakal menjadi model EV pertama yang dipasang secara tempatan di Bukit Raja.

Previous post

Banjir: Diskaun Alat Ganti, Kos Buruh Untuk Pemilik Nissan

Next post

Pemilik Proton X70 Berkongsi Petua Agar Pemilikan SUV Geely Anda Aman Tenteram

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *