Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW iX Bakal Dilancarkan Di Malaysia – Harga Dari RM420k

BMW Group Malaysia telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan barisan kereta elektrik BMW i generasi baharu yang terdiri daripada iX, iX3 dan i4. Tarikh pelancaran masih belum diumumkan namun iX telah pun dibuka untuk tempahan. Sementara itu, orang ramai juga boleh mendaftarkan minat untuk iX3 dan i4.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-66

iX akan ditawarkan dalam empat varian dan harganya adalah seperti berikut:

BMW iX

Untuk makluman, waranti lanjutan yang diberikan adalah bertempoh lima tahun manakala pakej servis pula adalah untuk tempoh enam tahun. Harga-harga yang dinyatakan tidak termasuk pengecualian cukai jualan.

Berharga RM53,000, pakej Sport merangkumi bumbung kaca Sky Lounge, rim dua-tona berukuran 22 inci, komponen Sport Line, BMW Laserlight, sistem audio Harman Kardon 655W dengan 18 pembesar suara, Parking Assistant Plus dengan Reversing Assist, Active Park Distance Control dan kamera, serta Driving Assistant Professional dengan Steering and Lane Control Assistant, Emergency Stop Assistant, Automatic Speed Limit Assist dan Evasion Assistant.

BMW iX

Pakej Power pula didatangkan dengan kabel stesen pengecasan awam dan pemasangan BMW i Wallbox di kediaman pemilik. Model ini boleh ditempah di platform BMW Shop Online dengan bayaran RM5,000.

Dalam spesifikasi xDrive40, iX mempunyai dua buah motor elektrik, iaitu satu pada gandar hadapan dan satu lagi pada gandar belakang. Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 326 PS dan 630 Nm, membolehkan SUV elektrik ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.1 saat dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

BMW iX

Dengan bateri berkapasiti 76.6 kWj, ia dikatakan mampu dipandu sejauh 425 km dengan satu cas penuh (mengikut kitaran WLTP). Pengecasan penuh menerusi sistem pengecas AC 11 kW mengambil masa kira-kira tujuh jam, manakala pengecas pantas DC 150 kW boleh melakukan pengecasan 10 hingga 80 peratus dalam masa 30 minit.

Bagi merancakkan penyedian infrastruktur pengecasan di Malaysia, BMW Group Malaysia akan memasang pengecas pantas DC di semua pusat pengedar BMW i untuk kegunaan umum, serta menyediakan fasiliti Rapid-Charging DC Charger di pusat pengedar terpilih di seluruh negara.

Previous post

Syarikat Penerbangan AirAsia Masuk Pasaran E-Hailing Dengan AirAsia Ride

Next post

Pikap Flagship Terbaharu Thailand Toyota Hilux Revo GR Sport

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *