Hibrid & Elektrik

Mercedes-Benz EQB Diperkenalkan

Mercedes-Benz nampaknya benar-benar serius dalam memperkembangkan barisan kenderaan elektrik mereka. Selepas memperkenalkan EQS pada minggu lalu, pengeluar kenderaan dari Jerman kini memperkenalkan pula EQB di Auto Shanghai 2021.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-3

Hadir sebagai model ketiga dalam barisan model EQ, EQB secara asasnya adalah GLB versi elektrik sepenuhnya. Jika dilihat, bentuknya sama sahaja seperti versi enjin pembakaran dalam namun sebagai sebuah model EQ, bahagian hadapanya menampilkan gril panel hitam dengan rekaan lampu yang berbeza. Begitu juga dengan bahagian belakang, di mana terdapatnya lampu melintang yang merentasi sepanjang tailgate.

Di dalam, EQB menampilkan konfigurasi lima tempat duduk namun pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan tempat duduk barisan ketiga yang boleh menempatkan lagi dua penumpang. Menurut Mercedes, kerusi tambahan tersebut boleh memuatkan penumpang dengan ketinggian sehingga 1.65 meter serta tempat duduk kanak-kanak.

Dengan ukuran dimensi 4,684 mm panjang, 1,834 mm lebar, 1,667 mm tinggi dan tapak roda 2,829 mm, EQB menawarkan ruang kabin yang luas serta kapasiti but maksimum seluas 1,710 liter.

Perincian teknikal model ini masih belum didedahkan namun Mercedes-Benz berkata bahawa EQB akan ditawarkan dalam beberapa versi termasuk pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD). Tambah syarikat itu, kapasiti bateri untuk EQB akan bermula dari 66.5 kWj dan sesetengah versi mempunyai kuasa melebihi 200 kW. Versi jarak pemanduan jauh juga sedang dalam perancangan.

Previous post

Crossover Elektrik Toyota bZ4X Diperkenalkan Di Auto Shanghai

Next post

Pemandu ICE Terus Meletak Kereta Mereka Di Tapak Mengecas EV dan PHEV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *