Motosikal / Lain Lain Roda

Hong Leong Yamaha Motor Bawa GEN BLU Carnival Ke Sabah!

Gen Blu Carnival kini di Kota Kinabalu! Aktiviti menarik dan pelancaran Yamaha Tenere 700 menanti!

Siri perayaan besar oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah tiba di Bumi Di Bawah Bayu! Dengan bertemakan GEN BLU Carnival, Stadium Likas, Kota Kinabalu telah menjadi saksi kepada sejarah apabila carnival ini diadakan buat kali pertama di Malaysia Timur pada 17 September 2023.

V2_GBC_FB-Post_Dewi-Yamaha_Call-to-Action_28-Aug

Disambut sempena Hari Malaysia, Karnival ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia HLYM, malah sebagai cerminan falsafah HLYM yang dikenali sebagai 1C5S. Pelanggan, jualan, perkhidmatan, peralatan, komuniti dan keselamatan adalah nadi perniagaan mereka. Malah, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik, promosi istimewa dan hadiah menarik.

KGBY23_AnnoucmentAd04-01

Perasmian carnival ini dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei bersama beberapa tokoh utama HLYM. Yang pasti, kemeriahan diperhebatkan dengan kehadiran 60 penunggang yang berjaya menempuh perjalanan sejauh 1,200km dari Kuching ke Kota Kinabalu dalam masa 3 hari 2 malam.

KGBY23_AnnoucmentAd02-01

Namun, apa yang menjadi tarikan utama dalam carnival ini adalah pendedahan khas kepada model Yamaha Tenere 700 Adventure Bike. Motor pengembara yang bakal dilancarkan hujung tahun ini pastinya menjadi rebutan. Dengan enjin berpendingin cecair 689cc dan berbagai ciri teknologi terkini, Tenere 700 bakal menggegarkan arena motor Malaysia selepas pelancarannya di Eropah.

KGBY23_AnnoucmentAd10-01

Tidak hanya itu, mereka yang membeli Goodie Bag GEN BLU Carnival mempunyai peluang memenangi hadiah lumayan dalam cabutan bertuah. Beberapa model Yamaha seperti YAMAHA XMAX 250 dan YAMAHA R25 menanti untuk dimiliki!

KGBY23_AnnoucmentAd05-01

Selain dari aktiviti utama, persembahan konsert oleh kumpulan Estranged, persembahan stunt motor Yamaha, cabaran motor tersuai terbaik, dan pelbagai lagi aktiviti telah menjadi daya tarikan tambahan.

KGBY23_AnnoucmentAd07-01

Terus Terang

Apabila membicarakan tentang acara-acara motor di Malaysia, GEN BLU Carnival tentu menjadi salah satu acara yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat motor, khususnya peminat Yamaha. Keunikan carnival ini terletak pada gabungan antara pengalaman penunggang, promosi motor terbaru, dan kesedaran keselamatan jalan raya.

V2_GBC_FB-Post_T7-Preview_28-Aug-1

Bagi penunggang yang gemar akan budaya dan warisan tempatan, persembahan kebudayaan Kadazan tentu menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan. Bayangkan, selepas menempuh perjalanan panjang dari Kuching, mereka disambut dengan tarian dan muzik tradisional Sabah yang meriah. Ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia tetapi juga bagaimana Yamaha dan HLYM menghargai dan mempromosi warisan kita kepada dunia.

2023 T7_02

Selain itu, GEN BLU Rewards dan Cafe yang diperkenalkan di Kota Kinabalu menawarkan sesuatu yang baru kepada pelanggan setianya. Bukan sahaja peluang untuk mendapatkan produk Yamaha dengan tawaran istimewa, tetapi juga ruang untuk bersantai sambil menikmati minuman dan makanan di cafe tersebut. Ini adalah bukti bagaimana Yamaha ingin berada lebih dekat dengan komuniti penunggang dan memberikan lebih daripada sekadar pengalaman memandu.

Jika kita merenung kembali, transformasi yang dibawa oleh HLYM melalui carnival ini bukan sahaja terhad pada produk atau promosi, tetapi melangkah lebih jauh dalam menggabungkan pengalaman, budaya, dan komitmen terhadap keselamatan. Semestinya, dengan inisiatif seperti ini, Yamaha akan terus mendapat tempat di hati peminat dan penunggang di Malaysia.

2023 T7_01

Kami di Gohed Gostan teruja dengan komitmen HLYM dalam mempromosi keselamatan di jalan raya. Bermula 18 hingga 22 September 2023, mereka akan mengadakan minggu keselamatan jalan raya Yamaha di Kota Kinabalu dengan pelbagai kursus dan inspeksi percuma untuk penunggang.

Tahniah kepada HLYM atas kejayaan menganjurkan GEN BLU Carnival di Malaysia Timur. Semoga lebih banyak inisiatif serupa di masa hadapan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan komuniti penunggang dan peminat Yamaha di seluruh negara!

Previous post

Lewis Hamilton Melawat Malaysia Tapi Bukan Ke Sepang!

Next post

Geely Bakal Jadi Jenama Kereta Elektrik Nasional Indonesia Menjelang 2026

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *