Anugerah / VOTY / Pameran Motor

Kerajaan Komited ke Arah Pembangunan Industri Automotif

Dasar yang sentiasa disesuaikan untuk mewujudkan ekosistem yang mesra perniagaan dan pelaburan strategik.

Kerajaan akan mengadaptasi Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2020) untuk mempromosikan ekosistem yang mesra perniagaan dan pelaburan strategik, baik untuk pelabur asing mahupun syarikat Malaysia.

Malaysia Autoshow 2023 2.0

Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa NAP2020 menekankan pembangunan penyelesaian mobiliti baharu yang lebih cekap, mampan dan berpusatkan pelanggan. Ini termasuk promosi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) serta kenderaan tersambung dan autonomi atau Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV), kenderaan elektrik (EV) dan bentuk pendorongan alternatif lain.

Menteri juga menekankan bahawa untuk mencapai objektif negara mengurangkan emisi karbon kepada sifar menjelang tahun 2050 seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (12MP), kita perlu memastikan kesemua aktiviti kita – terutamanya pengangkutan, adalah mampan dan hijau. Beliau menyampaikan ini ketika berucap kepada pemain industri dan media semasa Pelancaran Lembut Pameran Automotif Malaysia 2023 (MAS2023) yang akan dibuka kepada umum esuk dari 4 hingga 7 Mei 2023 di MAEPS Serdang.

MAS2023 dijangka menarik lebih 150,000 pengunjung dan seramai 90 pameran yang menampilkan lebih 80 jenama akan mengisi 5 dewan pameran utama MAEPS tahun ini. Fokus akan diberikan kepada elektrifikasi melalui acara sampingan yang diwujudkan untuk membawa lebih banyak model EV dan teknologi berkaitan serta perbincangan mengenai ekosistem EV di Malaysia.

YB Tengku Zafrul menjelaskan bahawa elemen Alam Sekitar, Sosial dan Pentadbiran (ESG) perlu dimasukkan ke dalam perniagaan semua spektrum sebagai keperluan yang semakin meningkat bagi mewujudkan nilai jangka panjang, menggalakkan amalan perniagaan mampan dan menarik pelabur yang lebih layak.

“Kita tahu bahawa dengan elektrifikasi, komponen kenderaan akan lebih mudah dipasang, tetapi lebih canggih dalam reka bentuk dan pembangunan. Untuk memastikan daya saing dalam landskap yang berkembang pesat ini, adalah penting untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan vendor mendapat sokongan yang diperlukan,” kata Tengku Zafrul semasa membincangkan matlamat jangka pendek dan sederhana dalam pembangunan vendor di Malaysia.

“Sokongan ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk akses kepada kepakaran teknologi, sumber penyelidikan dan pembangunan. Oleh itu, bagi kalangan PKS dan vendor, adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan amalan terbaik dalam reka bentuk dan pembuatan komponen EV,” tambah beliau.

Semasa pelancaran lembut tersebut, Tengku Zafrul menyatakan sokongannya terhadap Pameran Automotif Malaysia yang merupakan acara penting dalam kalendar automotif untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai teknologi baru, ciri-ciri keselamatan dan perubahan gaya hidup yang mungkin mempengaruhi cara kita bergerak di masa depan.

Beliau juga mengumumkan bahawa Perodua akan mengumumkan harga kereta paling murah untuk satu model di Malaysia, yang mana juga patuh dengan EEV. Selain itu, pengunjung boleh menikmati kadar faedah terendah yang ditawarkan oleh bank-bank yang menyertai, seperti CIMB dan AmBank jika anda ingin membeli kereta semasa Pameran Automotif Malaysia 2023 ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran Automotif Malaysia 2023, sila lawati www.autoshow.my.

Previous post

Spotted: Facelift Genesis G80 Dalam Garaj Parkir

Next post

Neta V - SUV Elektrik Mampu Milik Di Malaysia @ RM89,900 Mei 4-7 Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *