Bisnes

Penghantaran Porsche Akhirnya Meningkat Selepas 9 Bulan

Nampak gayanya Porsche sekarang sudah kembali normal.

Buat pertama kali dalam 9 bulan, Porsche akhirnya menyaksikan peningkatan dalam penghantaran. Syarikat itu menghantar sejumlah 221,512 unit di seluruh dunia dalam tiga suku pertama tahun ini. Ini adalah peningkatan 2 peratus daripada tahun lepas. Porsche juga melaporkan peningkatan tertinggi dalam penghantaran mereka adalah di rantau Eropah dan di pasaran Jerman.

Porsche-Macan_T-parked-4.0

Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran di Porsche AG, Detlev von Platen, berkata, “Kami telah berjaya meningkatkan jumlah penghantaran kami dalam sembilan bulan pertama tahun ini – walaupun menghadapi pelbagai cabaran.”

“Kepopularan Porsche sebagai jenama mewah moden, serta produk kami, adalah sama tinggi di setiap benua. Pada masa yang sama, kami masih bimbang tentang pengehadan kepada pembekalan alat ganti, yang boleh memberi kesan masa menunggu untuk pelanggan.” tambah beliau.

Porsche menghantar 42,204 unit di Eropah antara Januari dan September 2022, meningkat 11 peratus. Ini termasuk 20,850 penghantaran di Jerman sahaja, meningkat 9 peratus daripada tahun lepas.

Porsche juga berjaya menghantar 68,766 unit di China, masih pasaran tunggal terbesarnya, turun 1 peratus daripada tahun lepas. Ini menunjukkan bahawa had dalam jualan dan penghantaran daripada penutupan selama berbulan-bulan sebahagian besarnya telah diimbangi menjelang suku ketiga tahun ini.

Porsche juga menghantar 56,357 unit di Amerika Utara yang merupakan penurunan sebanyak 4 peratus berbanding tahun lepas dan Porsche berkata ini disebabkan oleh cabaran logistik terutamanya pada suku pertama tahun itu. Peningkatan penghantaran pada suku ketiga berjaya mengurangkan jurang dalam penghantaran dari tahun lepas dengan sangat meyakinkan.

Sambil Porsche melaporkan bahawa kereta sport 911 semakin popular, rangkaian Porsche Cayenne SUV masih kekal sebagai penjual terbaik untuk jenama itu dengan 66,769 penghantaran. Model kedua paling popular ialah Macan, mencatatkan 59,604 penghantaran diikuti oleh ikonik 911 dengan merekodkan 30,611 penghantaran, meningkat 9 peratus.

Porsche Panamera merekodkan 25,452 penghantaran manakala semua Porsche Taycan elektrik menyaksikan 25,073 penghantaran di seluruh dunia yang merupakan penurunan 12 peratus yang Porsche kaitkan dengan isu rantaian bekalan dan kekurangan alat ganti. Walau bagaimanapun, pesanan tetap kuat. 14,003 unit 718 Boxster dan 718 Cayman turut dihantar.

Porsche 1.0

“Pecutan suku keempat sedang giat dijalankan dan kami perlu sentiasa berjaga-jaga mengenai faktor luaran dan ketidaktentuan. Pada masa yang sama, kami sedang menangani baki tiga bulan tahun ini dengan penuh keazaman dan semangat.” kata Detlev von Platen.

Previous post

SUV BYD ATTO 3 Diberi Penarafan Euro NCAP 5 Bintang

Next post

Syarikat Treler Jahanamkan Kereta, Cukupkah Pampasan Nanti?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *