Bisnes

Jualan Porsche Cayenne CKD Yang Dipasang Tempatan Berjalan Lancar

Terdapat beberapa tempahan untuk SUV Porsche Cayenne pemasangan tempatan di Malaysia.

Nampaknya pembeli SUV mewah cukup gembira dengan binaan, kemasan cat dan kualiti pada SUV mewah Porsche Cayenne pemasangan tempatan kerana jualannya meningkat sambil ia sedang dibina dan dihantar ke bilik pameran.

Ya, jika anda masih tidak tahu, Porsche Cayenne kini dipasang di Malaysia, kali pertama Porsche menyediakan pemasangan di luar Jerman. Berita projek ini mula-mula dikongsi sejak Februari 2021 apabila terdapat berita ura-ura permulaan pemasangan tempatan untuk Porsche di Malaysia.

Sementara itu, SUV mewah pemenang anugerah ini mula-mula ditunjukkan pada Julai 2018 dan datang dengan harga jualan daripada RM745,000 sebagai SUV mewah yang diimport sepenuhnya. Kemudian pada Oktober 2020 terdapat versi ‘pakej premium’ dikeluarkan di Malaysia dengan harga istimewa bermula daripada RM680,000.

Kemudian pada Mac 2022, SUV mewah Porsche Cayenne buatan tempatan yang pertama dilancarkan dari Kilang Kulim di Kedah. Ia berharga RM550,000 dan Cayenne generasi ke-3 ini memberi beberapa pengimport kereta recondition yang menjual Cayenne’s terpakai dari England sakit kepala kerana stok Cayenne’s mereka lebih mahal.

Cayenne berharga RM550k didatangkan dengan enjin petrol V6 pengecas turbo 3.0L dengan output 340PS dan tork 450Nm. Ia dipasangkan dengan transmisi Tiptronic S 8-kelajuan dan sistem pacuan semua roda aktif yang menyediakan masa 0-100km/j dalam hanya 6.2 saat dengan konfigurasi asas ini.

Porsche-Cayenne-CKD_3.0

Peralatan standard untuk CKD Cayenne termasuk:

  • LED headlights dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS)
  • LED taillights
  • Rim 21″ RS Spyder
  • BOSE Surround Sound
  • 4-zone climate control
  • 14-way adjustable comfort seats dengan memory function
  • electric roll-up sunblinds untuk tingkap belakang
  • Comfort Access
  • Porsche Communication Management (PCM) dengan paparan 12″
  • ParkAssist pandang depan, belakang, keliling
  • Apple CarPlay
  • Porsche Connect
  • Porsche Advanced Cockpit
  • Multifunction sports steering wheel dengan gearshift paddles
  • konsol tengah dengan Direct Touch Control

Pelanggan akan dapat mengkonfigurasi dan menempah Cayenne mereka dalam talian melalui mycayenne.online. Ini juga yang pertama buat Malaysia. Antara pemperibadian yang tersedia ialah Pakej pilihan Manufaktur Eksklusif Porsche dan rangkaian individu bagi item Porsche Tequipment.

Previous post

Next Bike Lancar 6 Model Ducati Baharu Di Malaysia

Next post

Proton X70 2022 Dilancarkan Dengan Enjin 1.5L TGDi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *