Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Lori Serba Baharu Foton Aumark S City 4-Roda BJ1065 Series Dilancarkan

Dengan falsafah ‘SUPER’ Foton, model baharu ini kini memiliki berat GVW 5.6 tan dan dipertingkat aspek kualiti serta ciri keselamatan yang lebih baik.

Pengedar tunggal Kenderaan Komersial Ringan (LCV) Foton dan Foton Auman di Malaysia, Angka-Tan Motor Sdn Bhd, subsidiari kepada Warisan TC Holdings dan ahli Tan Chong Group baru-baru ini melancarkan trak tugas ringan ini di dalam talian.

11_Foton-full-range-line-up

Foton Aumark S City Flyer mengetengahkan tema ‘terbang’ dan ‘sayap’ yang simbolik dengan kelajuan, ketangkasan dan kebebasan – yang menggambarkan pengalaman pemanduan secara keseluruhan. Badan City Flyer yang fleksibel dan ringan membolehkan pemilik mendapat hasil produktiviti dan kecekapan yang tinggi dalam operasi perniagaan mereka.

Ianya ditawarkan dalam dua versi – VDJD4 dan VDJD6, dengan jarak roda 2,800mm dan 3,360mm untuk setiap varian.

Aumark S City Flyer hadir selepas setahun setengah pelancaran rasmi Aumark S Super Truck 6-Roda pada Disember 2020. Trak ini juga dibina berasaskan platform ‘SUPER’ Foton. Ia mewakili lima elemen utama sebagai asas pembinaan dan rekabentuk trak Foton – keselamatan, utiliti, kuasa, kecekapan, dan reliabiliti. Ianya adalah produk ‘Pakatan Inovasi Global Trak Super’, terdiri daripada gabungan firma Cummins, ZF Friedrichshafen, WABCO, Bosch dan Exedy.

Enjin adalah pengecas turbo Euro3 generasi baharu, Cummins ISF 2.8 liter dengan transmisi manual 5-kelajuan ZF yang mampu menghasilkan 129hp (96kW) pada 3,200rpm, dan tork 310Nm pada 1,600 hingga 2,700 rpm.

Transmisi manual 5-kelajuan daripada ZF. Perumah kotak gear aluminium aloi yang ringan dan nisbah gear dioptimum juga mengurangkan penggunaan bahan api dengan efektif. Rekabentuk gear turbin yang dioptimumkan dapat mengurangkan bunyi bising dengan berkesan. Enjin Cummins ISF dan transmisi 5-kelajuan ZF memberikan trak ini trenkuasa yang premium.

City Flyer memiliki berat kasar (GVW) 5.6 tan, ciri terbaik dalam kategori 4-roda, dan paling terbaik untuk perjalanan dalam dan antara bandar yang membolehkan pelanggan membawa lebih banyak muatan setiap trip.

Kabin direka semula dan ditambah baik supaya pemandu dan rakan pemandu lebih selesa, serta mengurangkan keletihan ketika memandu lama. Antaranya, kerusi dipertingkat dengan hayat busa lebih tahan lama dan fabrik jenis kalis haus. Ia juga didatangkan dengan platform pemegang cawan dan kabinet fail atas.

Dari segi keselamatan, Aumark S City Flyer dibina dengan rekabentuk casis dikemas kini dan patuh standard keselamatan Eropah serta diuji mengikut regulasi keselamatan ketat Suruhanjaya Ekonomi Eropah (ECE) R29. Ia dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk menghalang situasi roda terkunci ketika membrek secara keras, dan juga Agihan Brek Elektronik (EBD), serta Bantuan Brek (BA) untuk membantu prestasi membrek yang lebih kuat dan selamat dalam kecemasan.

Aumark S City Flyer 4-Roda BJ1065VDJD4 (2800mm) dijual pada harga runcit cadangan (MSRP) RM93,900, manakala BJ1065VDJD6 (3360mm) dijual pada harga RM95,900 untuk Semenanjung Malaysia.

Waranti lima tahun atau 200,000km, mana satu tiba dahulu. Bagi maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran Foton atau hubungi 03-56386888.

SIARAN MEDIA

Foton Motor Group ialah syarikat kenderaan komersial pilihan utama yang dipercayai dan diiktiraf dunia. Jenama ini sudah menjual lebih 10 juta kenderaan di lebih 110 negara. Kumpulan ini juga berada dalam ranking pertama dalam industri kenderaan komersial China selama 17 tahun berturut-turut, yang juga syarikat ke-34 daripada 500 jenama di China dengan nilai jenama AS$26 bilion (RM114 bilion).

Sebagai pengeluar peneraju dalam kenderaan komersial di China, syarikat kini sedang mempercepatkan pembangunan teknologi rendah-karbon dan sifar-karbon untuk kenderaan komersial bagi mengurangkan emisi karbon dan penggunaan bahan api. Sebagai keutamaan penting, inisiatif Foton adalah bertindak balas kepada perubahan iklim yang seiring hasrat China untuk mencapai puncak karbon menjelang 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.

Semua kenderaan komersial Foton di Malaysia didatangkan dengan Foton Total Care, dan disokong rangkaian servis Tan Chong Group yang menawarkan ketenangan minda dan keyakinan kepada pelanggan yang membeli kenderaan komersial Foton. Dengan keberadaan pusat servis Tan Chong Group di seluruh negara, pelanggan kini memiliki kemudahan servis kenderaan di  seluruh Malaysia, termasuk alat ganti tulen Foton untuk memastikan keselamatan kenderaan dan jangka hayat servis yang berpanjangan.

Pemilik juga boleh memilih TC Trust, iaitu perjanjian servis yang disesuaikan mengikut perniagaan. Ia direka untuk mengoptimumkan keseluruhan kos pemilikan trak Foton dan menyediakan pengurusan penyenggaraan flit yang mudah tanpa perlu memeningkan kepala.

Sebagai tambahan, pembangunan dan latihan pemandu juga disediakan untuk meningkatkan kemahiran memandu supaya dapat memandu dengan cara lebih jimat, sekali gus meningkatkan masa operasi dan merendah kos operasi. Jika berlaku kes kecemasan, perkhidmatan 24-jam Res-Q dan One-Stop Repair serta Servis Insurans disediakan untuk memberikan masa operasi yang optimum kepada pelanggan sepanjang masa.

Bagi maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran Foton atau hubungi 03-56386888.

###

Mengenai Angka-Tan Motor Sdn Bhd

Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) merupakan anak syarikat Warisan TC Holdings Berhad dan ahli Tan Chong Group. ATM telah menjadi pengedar utama trak Foton sejak tahun 2011. Ia disokong oleh rangkaian jualan yang terdiri daripada 36 cawangan, satu rangkaian servis melibatkan 28 cawangan serta sebuah kilang pemasangan tempatan yang lengkap. Tenaga kerja ATM yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi menawarkan perkhidmatan selepas jualan bergerak serta servis 24/7 Res-Q. Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk membawakan trak terbaik China ke pasaran Malaysia. Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.angkatanmotor.com.my.

Mengenai Foton Motor Group., Ltd

Foton Motor Group ditubuhkan pada 28 Ogos 1996 dan beribu pejabat di Beijing, China. Dengan skop perniagaan merangkumi kenderaan komersial sepenuhnya melibatkan trak tugas berat, sederhana dan ringan, van, trak pikap serta kenderaan jentera pembinaan, produksi dan jumlah jualannya dianggarkan melebihi 10 juta unit. Nilai jenama Foton Motor dianggarkan sekitar AS$26 billion dan berada di ranking No. 1 dalam sektor kenderaan komersial di China selama 17 tahun berturut-turut. Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.foton-global.com.

Previous post

Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC Dikemas Kini, Tersedia Dengan Diskaun SST RM13K Sehingga Julai 2022

Next post

Peugeot 408 Debut Sebagai Crossover Berasaskan 308 Bergaya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *