Berita Auto

Toyota GR Yaris Bakal Dapat Transmisi Automatik 8 Kelajuan?

Benar, kotak gear manual memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan namun dari segi prestasi, ia masih tidak dapat menandingi transmisi automatik. Oleh itu, tidak hairanlah jika Toyota ingin menawarkan GR Yaris versi automatik.

Syarikat itu dilaporkan sedang membangunkan transmisi automatik lapan kelajuan untut hot hatch itu dan ia telah pun digunakan untuk beraksi dalam Toyota Gazoo Rally Racing Challenge yang diadakan baru-baru ini di Jepun.

Menurut laman automotif dari Jepun iaitu Car Watch, GR Yaris versi automatik (nombor 109) itu dilihat mempunyai rekaan depan yang sedikit berlainan. Ini bagi membolehkan lebih banyak udara dihalakan ke arah penyejuk minyak transmisi yang berada pada bahagian kiri dan kanan bampar depan.

Kotak gear automatik yang digunakan pada GR Yaris itu merupakan dari jenis torque converter. Ia mempunyai mod manual yang membolehkan pemandu menukar gear sendiri dengan menggunakan paddle shifter yang terletak di belakang stereng.

Toyota berkata versi automatik ini dibangunkan bukan sahaja demi kecekapan bahan api malah untuk pemanduan yang lebih sporty. Naib Pengerusi Toyota Motor Corporation, Shigeru Hayakawa sempat bergurau dengan mengatakan beliau telah merosakkan transmisi tersebut sebagai sebahagian daripada fasa pembangunannya.

Walaupun sudah dalam fasa pembangunan, Toyota masih belum mengesahkan jika GR Yaris akan benar-benar ditawarkan dalam versi automatik pada masa depan.

Previous post

4 Model Mitsubishi Dapat Aksesori Ralliart Di Jepun

Next post

Bentley Bentayga Speed Space Edition Disesuaikan Oleh Mulliner

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *