Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Sony, Honda Jalin Kerjasama Hasilkan Kenderaan Elektrik

Bukanlah satu rahsia yang Sony berminat untuk menghasilkan kereta elektrik mereka sendiri. Pada acara Consumer Electronics Show (CES) 2020, syarikat itu mendedahkan model konsep sedan elektrik Vision-S, diikuti dengan SUV elektrik Vision-S 02 pada acara yang sama awal tahun ini.

Kemudian, divisyen Sony Mobility ditubuhkan bagi meneroka potensi memasuki segmen kereta elektrik dengan rakan strategik.

Kini, Sony telah pun menemui rakan strategik untuk projek kereta elektriknya iaitu Honda. Kedua-dua syarikat itu menandandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan sebuah usaha sama baharu (digelar sebagai New Company buat masa ini) untuk sama-sama membangunkan dan memasarkan kenderaan elektrik bateri.

New Company akan menguruskan aspek perancangan, reka bentuk, pembangunan dan pemasaran EV tersebut, namun pengeluarannya akan dilakukan oleh Honda di salah satu kilangnya. Dengan kepakaran serta pengalaman yang ada, Honda juga diberi tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berkaitan selepas jualan model EV itu.

Sementara itu, Sony pula akan menggunakan kepakarannya untuk membangunkan teknologi-teknologi pengimejan, pengesanan, telekomunikasi, rangkaian serta hiburan untuk EV tersebut. Gergasi elektronik dari Jepun itu juga akan membangunkan sebuah platform servis mobiliti untuk digunakan oleh New Company kelak.

Jika semua perancangan berjalan lancar, EV pertama usaha sama antara dua syarikat ini akan dipasarkan seawal 2025.

Previous post

Konsep Buick GL8 Flagship Debut

Next post

Perodua Sumbang Peralatan Perubatan Kepada Hospital Shah Alam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *