Gaya Hidup

Program ‘Ford Ranger Getaways’ Dilancarkan Di Malaysia

Pemilik Ford Ranger yang ingin memanfaatkan sepenuhnya trak pikap mereka kini boleh berbuat demikian dengan menyertai ‘Ford Ranger Getaways’, sebuah program pengalaman yang dibangunkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bagi menyediakan pengalaman unik Live the Ranger Life.

Terbuka kepada semua pelanggan Ranger bermula dari 5 Februari 2022, Ford Ranger Getaways menawarkan sebanyak 15 pengalaman percutian atau aktiviti yang merangkumi pelbagai kategori tarikan bagi memenuhi kehendak warga Malaysia yang inginkan pengembaraan jangka pendek di dalam negara.

Setiap percutian direka khusus untuk menonjolkan kepelbagaian gaya hidup Ford Ranger, sama ada keseronokan bersiar-siar di bandar atau mengembara lasak, sekadar berjalan-jalan cari makan atau menerbangkan pesawat ringan di KLCC!

Selain itu, terdapat juga pengalaman pemanduan off-road yang akan diadakan di sekitar Sepang akan pada 26 Februari bagi pemilik Ranger Raptor dan pada 27 Februari pula bagi semua pemilik Ranger lain.

Bersempena dengan pelancaran ini, pelanggan akan dapat menikmati penjimatan sebanyak 50% bagi aktiviti ini. Setiap peserta dibenarkan membawa seorang teman tanpa dikenakan sebarang bayaran. Bagaimanapun, slot hanya terhad kepada 36 pendaftaran terawal.

Menurut SDAC, aktiviti-aktiviti ini akan diperbaharui dari masa ke masa bagi memastikan ia kekal menarik. Terdapat pilihan perjalanan separuh hari, seharian atau bermalam dengan harga bermula dari serendah RM98 seorang sehingga RM2,133 seorang bergantung kepada pakej yang dipilih.

Untuk menempah Ford Ranger Getaways, pelanggan hanya perlu layari platform e-dagang SDAC-Ford yang baharu di www.sdacford.com.my/shop. Melalui platform ini, pelanggan boleh memilih pengembaraan yang diidamkan serta tarikh dan terus membuat transaksi pembayaran dengan mudah. Pengesahan tempahan akan dihantar melalui email setelah proses tempahan selesai.

Previous post

Honda BeAT Kini Dalam 4 Warna Baharu - RM5,765

Next post

Edisi MC Untuk Maserati Ghibli, Levante Dan Quattroporte

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *