Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CB500X, CBR500R Kini Didatangkan Dengan Fork USD Showa

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan Honda CB500X dan CBR500R yang telah diberikan peningkatan prestasi dan pilihan warna baharu untuk model tahun 2022.

Popular sejak dilancarkan di Malaysia pada 2013, kedua-dua model ini kini mendapat beberapa penambahbaikan untuk memberikan prestasi pengendalian dan tunggangan yang lebih baik.

Menurut Boon Siew Honda, kedua-dua CB500X dan CBR500R didatangkan standard dengan fork terbalik (USD) Show Separate Function-Big Piston (SSF-BP) 41 mm bagi menggantikan fork teleskopik 41 mm sebelum ini. Unit ini digandingkan dengan lengan ayun baharu yang dikatakan lebih ringan.

Honda CB500X

Turut diberi peningkatan adalah sistem brek, di mana kedua-dua model ini kini dilengkapi dengan cakera berkembar berukuran 296 mm dengan angkup dua piston Nissin jenis axial-mounted untuk CB500X dan radial-mounted untuk CBR500R. ABS dua saluran turut disertakan.

Selain itu, CB500X mendapat rim depan jenis cast aluminium berukuran 19 inci yang lebih ringan, serta rim belakang berukuran 17 inci, manakala CBR500R pula menampilkan rim Y-spoke lima bilah yang juga lebih ringan berbanding rim enam bilah yang terdapat pada model terdahulu.

Untuk kuasa pula, kedua-dua model masih dikuasakan oleh enjin dua silinder bersesaran 471 cc yang menghasilkan 49.6 hp pada 8,500 rpm dan tork puncak sebanyak 45 Nm pada 6,500 rpm. Enjin berkenaan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan yang mempunyai klac Assist/Sliper.

Honda CBR500R

Seperti sebelum ini, CB500X dan CBR500R dilengkapi dengan lampu LED serta skrin LCD yang memaparkan Shift Up dan posisi gear.

Dijual pada harga RM36,099 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans, CB500X boleh didapati dalam tiga warna iaitu Grand Prix Red, Mat Gun Powder Black Metallic dan Pearl Organic Green

CBR500R pula ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Grand Prix Red. Harga model ini bermula dari RM34,499.

Previous post

Kerajaan Beri Insentif Pengecualian LKM Untuk EV dan Kenderaan OKU

Next post

BMW M2 CS Racing Adalah Safety Car MotoGP Baharu Untuk 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *