Berita Auto

Porsche Malaysia, Kolej TOC Tawar Program Latihan Teknikal

Porsche Malaysia, menerusi Sime Darby Auto Performance (SDAP), memperkenalkan program latihan teknikal Porsche Training Academy-Apprentice Programme (PTAAP) dengan kerjasama TOC Automotive College.

Program ini bertujuan untuk memupuk kepakaran teknikal di Malaysia bagi memastikan tenaga kerja tempatan mampu memenuhi keperluan berkualiti tinggi yang diperlukan di Porsche Centre di seluruh negara.

Porsche Training Academy-Apprentice Programme

Para pelajar akan menjalani program latihan yang memberikan penakanan terhadap pengetahuan teori dan kemahiran praktikal. Silibus PTAAP bermula dengan kelas pembelajaran dan kurikulum bengkel selama dua tahun yang memfokuskan kepada kerumitan dan kecanggihan teknologi kenderaan Porsche akan datang.

Setiap pelatih juga akan melalui modul Porsche International Zertifizierter Porsche Techniker (ZPT) bagi memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang jentera berprestasi tinggi daripada Zuffenhausen.

Porsche Training Academy-Apprentice Programme

Pada penghujung kurikulum hibrid dua tahun, pelajar diberi peluang untuk menggunakan pengetahuan teori mereka melalui latihan industri wajib selama setahun di Porsche Centre di seluruh negara.

Penilaian keseluruhan akan dijalankan sebaik sahaja penggal 2+1 tahun ini tamat. Pelajar yang mencapai prestasi terbaik akan dianugerahkan sijil Porsche Certified Technician Bronze Level, berserta sijil program TOC pilihan mereka, sama ada Diploma dalam Teknologi Automotif atau Sarjana Kursus Juruteknik.

Porsche Training Academy-Apprentice Programme

“Kami percaya program intensif selama tiga tahun ini menawarkan peluang kerjaya yang menarik, terutamanya dengan syarikat kereta sport seperti Porsche yang terus memacu inovasi bersama tradisi,” kata Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif SDAP.

Sementara itu, Dato’ Iqmal Shafiq, Pengarah Eksekutif TOC Automotive College pula berkata, “Program PTAAP sejajar dengan visi kami untuk melahirkan golongan profesional automotif yang diterapkan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang betul untuk pertumbuhan kerjaya yang dipertingkatkan.”

Porsche Training Academy-Apprentice Programme

Pendaftaran pertama program PTAAP akan dibuka pada Februari 2022. Untuk maklumat lanjut, hubungi TOC di talian 03-7960 8833 atau Whatsapp di +60 11-1668 0281 atau layari laman web TOC: www.toc.edu.my.

Previous post

Proton Lancar Galeri Inspirasi Di Centre Of Excellence

Next post

Great Wall Terus Mengelilingi Dunia Dengan Pembukaan Ibu Pejabat Eropah Di Jerman

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *