Berita Auto

Perodua EZ MOBi – Khidmat Langganan Flit Untuk Syarikat

Semasa pelancaran Myvi facelift semalam, Perodua turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan langganan kenderaan yang dipanggil Perodua EZ MOBi. Perkhidmatan ini disasarkan untuk membantu syarikat-syarikat menguruskan flit kenderaan mereka dari perolehan, servis dan penggantian.

“Pada dasarnya, EZ MOBi ini mewakili sumbangan nilai Perodua terhadap keperluan mobiliti para pelanggannya yang semakin meningkat. Pakej keseluruhan termasuk pendaftaran kenderaan, pembaharuan insuran, kos servis, kos penggantian alat ganti, kereta ihsan, pelupusan kenderaan dan penggantian di bawah satu pelan langganan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Tawaran nilai perkhidmatan ini ialah Perodua EZ MOBi menyediakan kemudahan berbentuk hujung ke hujung (end-to-end) kepada para pelanggan kami kerana pelbagai pakej tersedia untuk memenuhi keperluan mobiliti setiap daripada mereka,” tambah beliau.

Salah satu keunikan Perodua EZ MOBi ialah pelan langganannya memfaktorkan semua kos untuk milikan dan pengendalian kenderaan kecuali penggunaan bahan api.

Buat masa ini, perkhidmatan baharu ini tersedia di Lembah Klang dan hanya untuk entiti-entiti perniagaan dan agensi-agensi kerajaan.

Previous post

Skuter Elektrik Scorpio X1 Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Kia Concept EV9 Pratonton SUV Elektrik Dengan 7 Tempat Duduk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *