Bisnes

Industri Automotif Malaysia Tunjuk Tanda Pulih Pada Oktober 2021

Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada sebahagian besar tahun ini masih ‘menghantui’ ramai pihak dalam industri automotif Malaysia. Bagaimanapun, keadaan nampaknya semakin pulih dengan jurang antara jualan tahun ini dan tahun lalu telah mengecil kepada 4.8 peratus dan ini adalah satu berita baik, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Apa yang lebih menggalakkan adalah jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi Oktober 2021 menunjukkan peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding September 2021. Memandangkan September merupakan bulan penuh pertama bagi aktiviti jualan dan pengeluaran sejak PKP berakhir pada pertengahan Ogos, ini mungkin petanda yang pasaran sedang pulih dan kini sedang menyiapkan tempahan yang tertangguh sejak pertengahan 2021.

Selain itu, bulan Oktober 2021 turut menunjukkan TIV melebihi angka 60,000 unit untuk kali kedua tahun ini, selepas 64,875 unit yang dicatatkan pada Mac lalu.

Untuk November 2021, harapan MAA tidak seoptimistik seperti dua bulan yang lalu. Menurut persatuan itu, jualan bagi November akan kekal sekitar angka Oktober 2021. Bagaimanapun, promosi kempen akhir tahun yang akan dijalankan oleh syarikat-syarikat kenderaan akan memacu terus memacu jualan.

Jangkaan kami, jualan akan meningkat sedikit daripada jangkaan MAA. INi kerana terdapat beberapa pelancaran kereta berharga bawah RM100,000. Yang pertama adalah Perodua Myvi facelift yang menawarkan Adaptive Cruise Control dan pelbagai ciri-ciri lain pada harga kurang dari RM60,000. Perodua berjaya mengumpul lebih 4,000 tempahan sebelum model itu dilancarkan.

Perodua Myvi Facelift

Satu lagi model yang akan dilancarkan tidak lama lagi adalah Honda City Hatchback yang hadir sebagai pengganti Jazz. Model hatchback segmen B ini dijangka popular dan mendapat sambutan hangat di kalangan peminat Honda di Malaysia.

Previous post

Volvo C40 Electric Akan Datang Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Next post

Ferrari Daytona SP3 - Supercar V12 Dengan Rekaan Retro

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *