Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger ‘Splash’ Dihidupkan Semula Di Amerika Syarikat

Ford kini sedang dalam proses membangunkan Ranger generasi baharu namun sebelum model itu tiba, syarikat itu akan menawarkan pakej Splash untuk Ranger pasaran Amerika Syarikat. Splash adalah nama pakej penampilan khas untuk trak pikap itu yang popular di era 90an.

Untuk tahun 2021, pakej Splash dibahagikan kepada dua iaitu Splash Package dan Splash Limited Edition. Splash Package menampilkan grafik oren dan hitam, rim 18 inci berwarna hitam matte serta kemasan hitam berkilat pada gril, bampar, cermin sisi, gerbang roda dan dapra. Bahagian dalaman pula dihiasi dengan dengan jahitan kontras berwarna oren pada tempat duduk, stereng, tuil gear dan brek parkir.

Splash Package disertakan untuk model SuperCrew dengan trim XLT atau Lariat. Selain itu, ia juga boleh dipesan dengan pakej FX2 atau FX4 yang mengandungi lebih banyak kelengkapan off-road.

Ford Ranger Splash

Sementara itu, Splash Limited Edition adalah model edisi terhad yang akan ditawarkan setiap beberapa bulan dalam bilangan yang terhad. Menurut Ford, selain rim 18 inci berwarna hitam matte, model ini menampilkan gabungan warna luaran dan dalaman unik yang akan ditawarkan sekali sahaja. Ia akan dimulakan dengan Splash – Snow Edition untuk kelompok pertama.

“Pemilik Ranger gemar memberikan sentuhan peribadi kepada trak mereka – lebih 80% meng-kustom-kan Ranger mereka dengan pakej penampilan – dan dengan Splash, kami memberikan mereka sesuatu yang eksklusif,” kata Chad Callandar, pengurus pemasaran Ford Ranger.

Ford Ranger Splash

“Setiap beberapa bulan, kami akan memperkenalkan warna luaran untuk Ranger yang akan ditawarkan sekali sahaja dalam kuantiti yang sangat terhad,” tambah beliau.

Previous post

Land Rover Defender V8 Bond Edition Diinspirasikan Oleh 'No Time To Die'

Next post

Foton Pembuat Kenderaan Komersial Cina Berusia 25 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *