Berita Auto

Ford Ranger Kini Didatangkan Dengan Waranti 5 Tahun

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan waranti pengeluar lima tahun/160,000 km bagi barisan Ranger buatan tahun 2021, iaitu tambahan selama dua tahun kepada waranti pengeluar tiga tahun/100,000 km yang ditawarkan sebelum ini.

Sementara itu, pemilik Ranger sedia ada mempunyai pilihan untuk membeli dua Pelan Waranti Lanjutan (Extended Warranty Plan) yang dikenali sebagai PremiumCARE dan PowertrainCARE di mana-mana pusat servis Ford yang sah.

Pelan PremiumCARE menawarkan perlindungan menyeluruh selama dua tahun untuk lebih daripada 1,000 komponen, manakala pelan PowertrainCARE menawarkan waranti lanjutan selama dua tahun bagi enjin, transmisi dan drivetrain.

“Kami faham bagi para pemilik Ford Ranger, kenderaan mereka bukan sekadar mod pengangkutan. Ford Ranger merupakan penambahan kepada gaya hidup mereka – untuk kerja dan bersantai selain sebagai pengangkutan untuk keluarga yang tersayang. Dengan waranti pengeluar selama 5 tahun untuk barisan Ranger kami, kami mahu memberikan nilai tambahan kepada pelanggan semasa mereka meneruskan pengembaraan kehidupan,” kata Turse Zuhair, Ketua Bahagian Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.sdacford.com.my.

Previous post

Jaguar C-Type Kembali Sebagai Continuation Car

Next post

Nissan Berkomitmen Untuk Seluruh Syarikat Bebas Karbon Menjelang 2050

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *