Berita Auto

BMW 700 Coupe Kini Dipamerkan Di Regas Premium Auto Kuching

Wakil pengedar BMW iaitu Regas Premium Auto kini mempamerkan sebuah jentera klasik yang cukup ikonik iaitu BMW 700 Coupe di sudut Heritage di bilik pamerannya yang terletak di Kuching, Sarawak.

Gavin Tay, Prinsipal Pengedar di Regas Premium Auto Kuching berkata BMW 700 Coupé merupakan jentera BMW yang pertama menampilkan struktur monocoque, dan ia telah membantu pengeluar kereta Jerman itu keluar daripada kancah kemuflisan pada tahun 1959.

“Malah, model ini juga telah membina sebuah legasi dalam dunia automotif bagi kenderaan kecil, sporty dan bertaraf premium yang masih digemari oleh ramai peminat BMW, walaupun 50 tahun sudah berlalu sejak keluaran terakhirnya,” tambah beliau.

BMW 700 merupakan legasi Wolfgang Denzel, iaitu seorang jurutera automotif dan wakil pengedar BMW di Austria. Denzel telah bekerjasama dengan pereka berbangsa Itali, Giovanni Michelotti untuk menghasilkan reka bentuk konsep kenderaan tersebut berdasarkan casis jentera BMW 600 pada waktu itu.

Model ini menggunakan casis dan suspensi BMW 600 yang telah mantap penggunaannya, termasuk transmisi empat kelajuan ‘all-synchromesh’, diferential gear serong, unit kuasa berkembar – yang pada asalnya digunakan pada motosikal BMW dan kemudian telah ditingkatkan saiznya daripada 600 cc kepada 700 cc.

Model konsep ini telah diluluskan pada Oktober 1958, dan ia telah menjurus kepada pengeluaran varian Coupé dan Sedan oleh BMW.

Pada 9 Jun 1959, Lembaga Pengurusan BMW yang dipimpin oleh Ketua Eksekutif Dr. Heinrich Richter-Brohm telah memperkenalkan BMW 700 Coupé yang baharu kepada orang ramai di Feldafing, Munich.

Ketibaannya diraikan di serata dunia kerana ia mampu mengekalkan tahap kelajuan dan pecutan yang tertinggi seperti model yang terdahulu – malah ia juga mampu melakukannya dengan ruang yang lebih besar tanpa berat berlebihan.

BMW 700 ternyata popular di kalangan pelanggan. Pada 1960, jualan model itu merangkumi 58 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan BMW pada tahun itu iaitu 35,000 unit. Menjelang akhir 1965, penyerahan model ini mececah 190,000 unit.

Meskipun hanya dikeluarkan selama enam tahun, jentera yang jarang ditemui dan unik ini memperoleh status ikonik yang berkekalan dalam sejarah BMW Group, dan ia masih menambat hati ramai peminat BMW sehingga ke hari ini.

Previous post

Geometry EX3 Dilancarkan Di China - Harga Kurang Dari RM40,000

Next post

Toyota Corolla Cross Hybrid Bakal Dilancarkan Bulan Depan?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *