Cerita Auto

Volkswagen Atlas Cross Sport GT Concept Guna Enjin Golf R

Diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 2019, Volkswagen Atlas Cross Sport adalah sebuah SUV coupe yang cukup bagus namun prestasinya jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan model-model seperti T-Roc R dan Tiguan R yang dijual secara eksklusif di Eropah.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-55

Ini tidak bermakna ia tidak mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai model berprestasi tinggi. Atlas Cross Sport GT Concept yang diperkenalkan oleh Volkswagen of America ini menunjukkan bahawa perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil.

Dihasilkan oleh peminat tegar Volkswagen, Jamie Orr, GT Concept dibina berasaskan varian SEL Premium R-Line. Ia didatangkan beberapa sentuhan unik seperti warna Eisvogelbla atau Kingfisher Blue yang dicat dengan tangan oleh pasukan produksi VW di Chattanooga, trim hitam glos dan rim ABT Sport HR Aerowheel berukuran 22 inci yang dibalut tayar Yokohama Advan Sport V105.

Di bawah hud, enjin asal digantikan dengan enjin EA888 2.0 TSI yang sama dengan Golf R. Volkswagen mendakwa enjin berkenaan telah dinaik taraf dengan pengecas turbo IS38 dan radiator tambahan pada bahagian hadapan, membolehkan ia menghasilkan lebih 300 hp. Kuasa disalurkan ke roda oleh transmisi DSG tujuh kelajuan menerusi sistem pacuan semua roda 4Motion.

Selain enjin, aspek casis turut diberi peningkatan dalam bentuk sistem suspensi coilover ST Suspension XTA Plus 3 dan gegelung GT Concept. Sistem brek pula merangkumi angkup lapan piston keluaran Tarox pada bahagian hadapan.

Ruang dalaman pula menampilkan rona biru yang sama, ditambah dengan tempat duduk Recaro Sportster CS, serta tombol gear dan tali pinggang keledar kustom. Apa yang menarik, tempat duduk tersebut digunakan untuk bahagian hadapan dan belakang, sekaligus memberikan GT Concept konfigurasi empat tempat duduk seperti sebuah kereta sport sebenar.

Volkswagen Atlas Cross Sport GT Concept

Setakat ini, tiada perancangan untuk menjadikan GT Concept sebagai model produksi namun sekurang-kurangnya peminat VW di Amerika Syarikat tahu yang Atlas Cross Sport berpotensi untuk melahirkan varian berprestasi tinggi.

Previous post

Thailand Dapat Ford Ranger XL Street Special

Next post

Land Rover Defender Menang Sebagai Kenderaan Sokongan Perlumbaan Red Bull X-Alps Yang Mencabar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *