Cerita Auto

Ferrari SF90 Stradale Talaan Novitec Lebih Berkuasa

Diperkenalkan dua tahun lalu, Ferrari SF90 adalah antara supercar hibrid paling berkuasa di pasaran dengan kuasa keseluruhan mencecah 1,000 PS dan 800 Nm. Oleh itu, penambahbaikan prestasi adalah perkara terakhir yang diperlukan oleh jentera ini namun ini ternyata tidak menghalang Novitec daripada menjadikannya sebagai projek terbaharu mereka.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-52

Seperti jentera-jentera Ferrari yang mendapat sentuhan Novitec sebelum ini, modifikasi pada SF90 Stradale ini tertumpu kepada trenkuasanya yang terdiri daripada enjin 4.0-liter twin-turbo V8 dan tiga motor elektrik. Menurut syarikat itu, penggunaan sistem ekzos sport dan pemangkin logam melonjakkan kuasa keseluruhan kepada 1,033 PS dan 858 Nm.

Selain itu, Novitec turut menambahbaik casis dan pengendalian menerusi penggunaan set gegelung sport dan rim tuangan berukuran 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang. Rim didatangkan dalam tiga jenis rekaan (NF8, NF9 dan NF10 ZV) dan pelbagai pilihan warna.

Ferrari SF90 Stradale Novitec

Dari segi penampilan, unit berwarna hitam ini dilihat tidak mempunyai sebarang naik taraf namun menurut Novitec, kit aerodinamik yang diperbuat daripada gentian karbon masih dalam fasa pembangunan. Tidak seperti Mansory, syarikat talaan yang berasal dari Bavaria, Jerman ini terkenal dengan rekaan yang lebih santai dan sederhana.

Ferrari SF90 Stradale Novitec

Gambar ruang kabin tidak disiarkan namun seperti yang kita tahu menerusi projek-projek Novitec yang terdahulu, pelanggan bebas untuk memilih apa sahaja kemasan, material dan warna yang mereka mahu.

Previous post

Hyundai Grand Starex Kini Didatangkan Standard Dengan Sistem Telematik

Next post

Mazda CX-30 SUV Subcompact Dinamakan Pilihan Nombor Satu Pada 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *