Insuran / Waranti

Bengkel Panel Allianz Kini Menawarkan Waranti 2 Tahun

Inilah cara Allianz meningkatkan bengkel panel mereka tahun lalu.

Walaupun terdapat pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020, masih ada lebih dari 400,000 kemalangan jalan raya tahun lalu. Pada tahun yang sama, lebih daripada 67,000 pelanggan Allianz diberikan bantuan di tepi jalan oleh Allianz Road Rangers.

Tetapi syarikat itu juga mencari cara lain untuk meningkatkan keseluruhan produk insurans mereka untuk kepentingan pelanggan mereka. Salah satu langkah yang mereka lakukan untuk menegakkan ketelusan adalah dengan memperbaiki panel panel Allianz Authorized Repairers. Mereka mengadakan e-tender dan hasilnya Allianz General kini mempunyai 195 bengkel panel di seluruh negara, dengan 49 daripadanya di Lembah Klang.

Bengkel yang diberi kuasa ini adalah semua bengkel PIAM Approved Repairer Scheme (PARS). Bengkel ini memberi jaminan 2 tahun untuk semua kerja pembaikan yang dilakukan pada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, termasuk alat ganti.

“Bengkel kami berstandard tinggi, dan keperluan kami tegas – kualiti terbaik dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami. Oleh itu, sekiranya kami menerima aduan pelanggan yang sah mengenai kerja-kerja pembaikan yang buruk atau pembaikan yang salah, kami akan mengeluarkan amaran kepada bengkel. Aduan kedua membawa kepasas suspension, dan untuk ketiga kalinya, kami tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan mereka daripada senarai panel kami,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.

Lagi pun, pelanggan Allianz General dapat memeriksa sama ada bengkel pilihan mereka ada dalam panel bengkel kami, atau Syarikat akan mencadangkan bengkel lain yang paling dekat dengan kediaman mereka.

“Ianya mungkin nampak seperti kami terlalu keras, tetapi kami dalam bisnis perlindungan. Tidak ada margin untuk kesilapan. Dalam kes ini, kami perlu melindungi pelanggan kami dan memastikan bukan hanya keselamatan diri mereka tetapi juga keselamatan dan kelayakan kenderaan mereka,” tambah Sean.

“Tidak ada yang memikirkan kemalangan ketika memperbaharui insurans dan cukai jalan mereka. Lebih-lebih lagi, anda mahukan ia menjadi transaksi terpantas, agar anda dapat memandu secara sah secepat mugkin. Tetapi kenyataannya adalah kemalangan berlaku pada ketika kita yang tidak disangka-sangka. Oleh itu, penting untuk di fahami betapa baiknya insurans kenderaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans dapat membantu anda pada waktu sebegitu. Memilih yang paling minimum bukan jawapannya kerana anda secara tidak sengaja menafikan diri anda dan keluarga dari perlindungan yang sewajarnya,” kata Damian Williams, Ketua Tuntutan di Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Previous post

Mahkamah Kebankrapan Membolehkan SsangYong Dijual

Next post

Penipuan Automotif Bernilai RM1 Bilion Berterusan Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *