Berita Auto

Honda Dedah Model Pengganti BR-V

Honda Indonesia baru-baru ini memperkenalkan model konsep tujuh tempat duduk baharunya. Dikenali sebagai N7X yang bermaksud ‘New 7 Seater eXcitement’, ia direka oleh Honda R&D Asia Pacific berdasarkan kaji selidik yang dilakukan ke atas pengguna daripada pelbagai negara termasuk Indonesia.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-6

Menurut Honda, model konsep ini menggabungkan ruang dan keselesaan sebuah MPV dengan kelasakan dan gaya sebuah SUV. Walaupun tidak dinyatakan dalam siaran media, jelas sekali bahawa N7X akan dijadikan sebagai pengganti BR-V yang dilancarkan pada 2016.

Jika dilihat pada bahagian hadapan, N7X mempunyai ‘wajah’ yang seiras dengan model-model terkini Honda seperti Accord dan HR-V baharu. Lampunya diberikan rekaan yang segak dan tajam, dengan lampu nyalaan siang berbentuk L yang mengiringi satu lagi elemen pencahayaan pada sudut kiri dan kanan bampar. Rekaan jerijinya pula agak menonjol, dengan bar krom besar di atas dan tiga bilah melintang di bawah.

Tidak seperti BR-V, profil sisi N7X dilihat lebih kemas dengan penggunaan garisan karakter tunggal yang menghubungkan lampu hadapan dan belakang. Kemasan hitam pada bahagian bawah memberikan ia imej yang ‘rugged’ seperti sebuah SUV.

Sementara itu, rekaan lampu belakang pula tidak ubah seperti yang terdapat pada City generasi baharu. Bagaimanapun, jalur lampu pada bahagian tengah tidak lagi digunakan. Elemen-elemen lain yang dapat dilihat di sini termasuklah spoiler bumbung, pemantul cahaya pada bahagian bampar serta ‘skid plate’ aluminium.

Setakat ini, gambar untuk ruang dalaman serta spesifikasi teknikal masih belum didedahkan.

Previous post

Proton Catat Peningkatan Jualan Untuk 3 Bulan Berturut-turut

Next post

Subaru XV 2.0i-P Versi 2021 Dilancarkan Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *