Cerita Auto

Subaru XV 2.0i-P Versi 2021 Dilancarkan Di Malaysia

Varian pertengahan Subaru XV iaitu 2.0i-P telah diberikan kemas kini yang sederhana untuk 2021, di mana ia merangkumi upholsteri yang lebih mewah serta sistem infohibur yang lebih canggih.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-6

Tempat duduk XV 2.0i-P kini dibalut dengan upholster kulit suede yang menggabungkan warna hitam dan perak. Jahitan kontras berwarna oren pada tempat duduk, papan pemuka, panel pintu dan perehat tangan memberikan sentuhan penyudah yang menarik.

Satu lagi penambahan baharu adalah paparan berukuran lapan inci yang didatangkan lengkap dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto yang membolehkan pemandu menghubungkan telefon pintar mereka dengan sistem infotahibur kenderaan.

Selain itu, ciri-ciri lain dikekalkan. Ini termasuklah rim 17-inci, sistem pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive dan enjin boxer 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan Lineartronic CVT.

Kehadiran ciri-ciri baharu tersebut menyaksikan peningkatan harga sebanyak RM3,000, menjadikan harga keseluruhan model ini RM131,788 (atas jalan tidak termasuk insurans). Sebagai perbandingan, XV 2.0i dijual pada harga RM117,788 manakala XV GT Edition 2.0i-P pula berharga RM137,788.

Subaru XV 2.0iP 2021

Terdapat enam warna untuk dipilih iaitu Pure White, Dark Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Dark Blue Pearl, Cool Grey Khaki and Sunshine Orange.

Previous post

Honda Dedah Model Pengganti BR-V

Next post

Honda Dedah Konsep N7X Di Indonesia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *