Hibrid, Elektrik, Hidrogen

8 Kelebihan Stesen Penukaran Bateri Geely

Peningkatan jualan kenderaan elektrik sejak beberapa tahun kebelakangan ini secara tidak langsung menyaksikan perkembangan jaringan stesen pengecas, membolehkan pengguna memperluaskan jarak pemanduan mereka serta mengurangkan rasa kerisauan jarak (range anxiety). Walau bagaimanapun, stesen-stesen pengecas ini mempunyai satu kelemahan iaitu ia mengambil masa yang agak lama. Sebagai contoh, pengecas ultra pantas Enel X di Itali memerlukan 15 minit untuk mencapai pengecasan penuh, kira-kira tiga kali ganda masa yang diperlukan untuk mengisi minyak penuh.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-24

Dalam usahanya untuk menyelesaikan isu ini, Geely Technology Group kini beralih tumpuan kepada model bisnes bateri-sebagai-perkhidmatan (battery-as-service) yang menawarkan penukaran bateri (battery swapping) kepada pemilik EV di lebih 1,000 stesen khas di serata China. Buat masa ini, teknologi penukaran bateri ini hanya tersedia untuk kereta-kereta terpilih yang menggunakan aplikasi ride-hailing Geely iaitu CaoCao. Bagaimanapun, berdasarkan lapan kelebihan yang disenaraikan di bawah, ia mempunyai potensi untuk diperkembangkan kepada pengguna-pengguna EV pada masa hadapan.

1. Pantas

Proses penukaran bateri di stesen hanya mengambil masa selama satu minit, sesuai untuk mereka yang ingin cepat, terutamanya apabila dibandingkan dengan stesen pengecas yang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk pengecasan 80%.

2. Pandu lalu

Tidak seperti stesen penukaran bateri lain, stesen Geely menggunakan konsep pandu lalu di mana pelanggan masuk dari bahagian hadapan dan keluar dari belakang. Oleh kerana prosesnya mudah, pemandu boleh membawa masuk kenderaan sendiri tanpa sebarang bantuan dari operator stesen.

3. Pembayaran mudah

Seperti kebanyakan perniagaan dan perkhidmatan di China, proses pembayaran adalah sangat lancar. Pemandu tidak perlu mengeluarkan telefon mereka, sebaliknya plat nombor pendaftaran kereta akan diimbas dan bayaran akan dikenakan secara automatik pada akaun pemandu.

4. Berpatutan

Walaupun perkhidmatan ini buat masa ini hanya tersedia untuk kenderaan yang menggunakan aplikasi CaoCao, ia sangat popular kerana harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu kira-kira 55 yuan (7 euro atau RM35) untuk satu penukaran.

5. Pengurusan bateri yang pintar

Kegunaan utama stesen-stesen ini adalah untuk penukaran bateri kosong dengan bateri yang telah dicas sepenuhnya. Selain itu, stesen ini juga akan menguruskan bateri, pengecasan, penukaran dan pengeluaran, sambil mengemas kini maklumat ke storan awan bagi tujuan memperbaiki mutu perkhidmatan.

6. Aplikasi pintar

Aplikasi bagi perkhidmatan ini akan memaklumkan pengguna maklumat seperti jarak stesen terdekat, bilangan bateri yang tersedia di stesen serta masa menunggu.

7. Selamat

Setiap stesen penukaran bateri Geely dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti:

  • sistem amaran awal yang mampu mengesan kerosakan bateri dan seterusnya membuangnya di dalam kotak pasar dalam masa 10 saat
  • alat pengesan kebakaran dan asap, serta sistem pemadam api
  • bahan kalis api
  • pemantauan video 24 jam

8. Stesen yang bersih dan bebas bau

Tidak seperti stesen minyak, stesen penukaran bateri Geely bersih, tidak mempunyai tompokan minyak, tidak berbau dan tidak bising.

Previous post

Pengalaman Memandu Porsche Taycan Di Litar Antarabangsa Sepang

Next post

Triumph Street Scrambler Ditambahbaik Untuk 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *