Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Hyundai Pony Dihidupkan Semula Sebagai EV Retro-Moden

Kereta produksi massa dan eksport pertama Korea Selatan iaitu Hyundai Pony telah diberikan ‘nyawa’ baharu sebagai sebahagian daripada pameran ‘Reflections in Motion’ yang diadakan di studio rekaan Hyundai di Busan.

Dikenali secara rasmi sebagai Heritage Series Pony, kereta ini secara asasnya adalah interpretasi moden terhadap model hatchback pacuan roda belakang asal rekaan Italdesign Giugiaro yang mula dikeluarkan pada 1975.

Walaupun sebahagian besar rekaannya dikekalkan, ia menampilkan beberapa elemen masa kini seperti lampu piksel pada bahagian hadapan dan belakang yang jelas diinspirasikan oleh IONIQ 5. Selain itu, cermin sisi yang terletak pada bahagian fender menggunakan kamera.

Tema yang sama diteruskan pada bahagian dalaman, dengan ciri-ciri untik seperti tiub vakum bercahaya di dalam panel instrumen, material premium pada papan pemuka dan panel pintu serta stereng yang boleh diaktifkan menerusi suara. Di dalam ruang bagasi pula terdapat alat mobiliti ‘last mile’ yang disimpan di dalam bekas keluli tahan karat.

Hyundai Pony EV

Hyundai tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai enjin kereta ini namun salah seorang perekanya, ia mempunyai trenkuasa elektrik.

Previous post

Honda Akan Menjual Hanya Kenderaan Elektrik Menjelang 2040

Next post

Toyota GR010 Hybrid Buat Kemunculan Sulung 1 Mei Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *