Berita Auto

Toyota Aygo X Prologue Beri Bayangan Crossover Kompak Akan Datang

Toyota mengesahkan bahawa ia terus bersaing dalam segmen A menerusi pengenalan model konsep baharu iaitu Aygo X Prologue. Ia merupakan pratonton kepada crossover kompak versi produksi yang bakal menggantikan Aygo.

Tidak seperti sebelum ini di mana Aygo dibangunkan dengan kerjasama Peugeot (108) dan Citroen (C1), model yang akan datang ini dibangunkan secara eksklusif oleh Toyota menggunakan platform TNGA-B yang turut digunakan oleh Yaris dan Yaris Cross.

Sebagai sebuah crossover, Aygo X Prologue duduk lebih tinggi dan gerbang rodanya juga kelihatan lebih agresif dan lebar berbanding Aygo sedia ada yang merupakan sebuah hatchback supermini. Motif ‘X’ pada bahagian hadapan kini digantikan dengan rekaan lebih bersih yang disampaikan menerusi lampu berbentuk C yang disambungkan dengan jalur LED.

Sementara itu, bamparnya pula tampil sporty dengan bukaan jeriji yang besar, dua lubang ambilan udara serta lampu kabus LED berbentuk heksagon.

Rekaan bahagian belakang tidak kurang dramatiknya, dengan lampu menegak yang turut disambungkan dengan jalur lampu serta spoiler yang sebati dengan bumbung. Ciri-ciri menarik lain yang turut disertakan termasuklah pemegang rak basikal pada skid plate belakang dan kamera aksi pada cermin sisi.

Bagaimanapun, buat masa ini, rekaan ruang dalaman masih belum didedahkan.

Previous post

Beberapa Idea Kit Badan Untuk Perodua Ativa Anda

Next post

Alat Ganti R32 GT-R NISMO Heritage Akan Dicetak 3 Dimensi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *