Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kia EV6 Didedahkan Sepenuhnya

Kia telah memperlihatkan kenderaan elektrik (EV) terbarunya yang dikenali sebagai EV6. Tidak seperti model-model EV Kia sebelum ini masih boleh didapati dalam versi enjin pembakaran dalam dan hibrid, EV6 akan ditawarkan dalam versi elektrik sahaja.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-15

Seperti Hyundai Ioniq 5 yang diperkenalkan baru-baru ini, EV6 dibina menggunakan platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP) yang dibangunkan oleh Hyundai Motor Group. Perincian teknikal mengenai model ini masih belum didedahkan namun ia dijangka tidak jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh Ioniq 5.

Bagaimanapun, Kia sempat berkongsi maklumat mengenai aspek reka bentuk model ini. Menurut syarikat itu, ia direka berdasarkan falsafah reka bentuk baharu yang dikenali sebagai ‘Opposites United’. Ia terdiri daripada lima tiang utama iaitu Bold for Nature, Joy for Reason, Power to Progress, Technology for Life dan Tension for Serenity.

Di hadapan, rekaan lampu utama, lampu nyalaan siang serta gril yang moden membentuk apa yang dipanggil oleh Kia sebagai ‘Digital Tiger Face’, iaitu evolusi kepada ‘Tiger Nose Grille’ yang digunakan sebelum ini. Bukaan udara pada bahagian bampar bukan sahaja membuatkan EV6 kelihatan lebar, malah berfungsi untuk mengalihkan aliran udara ke bahagian bawah kenderaan. Bahagian belakang pula diberikan rekaan yang condong serta bumbung spoiler yang ditugaskan untuk menyalurkan udara ke bawah.

EV6 merupakan hasil usaha antara ketiga-tiga studio rekaan Kia yang terletak di Namyang (Korea), Frankfurt (Jerman) dan Irvine (California, Amerika Syarikat).

Di dalam, salah satu elemen yang paling menonjol adalah skrin definisi tinggi melengkung yang dijadikan sebagai panel instrumen dan paparan sistem infotainmen serta navigasi. Terletak di bawah skrin tersebut adalah butang haptik untuk kawalan sistem pendingin hawa, pemanas dan pengudaraan. Kerusi diberikan rekaan yang nipis dan kontemporari, serta dibalut fabrik yang diperbuat daripada plastik kitar semula.

EV6 akan diperkenalkan sepenuhnya dalam satu acara digital yang akan diadakan pada bulan ini.

Previous post

Ducati Scrambler Desert Sled Fasthouse Rai Kemenangan Di Mint 400

Next post

Honda Ucap Selamat Kepada S660 Dengan Model Edisi Terhad

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *