Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Scrambler Desert Sled Fasthouse Rai Kemenangan Di Mint 400

Ducati baru-baru ini telah memperkenalkan Scrambler Desert Sled Fasthouse yang akan ditawarkan dalam jumlah 800 unit sahaja. Ia merupakan hasil kerjasama antara pengeluar motosikal dari Itali itu dan jenama fesyen dari Amerika, Fasthouse sebagai simbolik menyambut kemenangan Jordan Graham dalam perlumbaan off-road Mint 400 2020 yang diadakan di Las Vegas pada Mac tahun lalu.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-15

Seperti jentera yang digunakan dalam kejohanan itu, Desert Sled Fasthouse didatangkan dalam warna hitam dan kelabu, dengan rangka berwarna merah Ducati Red memberikan kontras yang menarik. Corak bermotifkan geometri Fasthouse serta logo jenama itu digunakan untuk menghiasi tangki minyak, manalala plat nombor bersiri yang diperbuat daripada aluminium dilekatkan pada rangka.

Sayangnya, pelanggan tidak akan mendapat komponen-komponen berpretasi seperti yang digunakan pada motosikal Graham kerana semuanya dikekalkan standard.

Ini termasuklah sistem suspensi Kayaba boleh laras dengan jarak pergerakan 200 mm, tempat letak kaki off-road serta tayar Pirelli Scorpion Rally STR yang dipadankan dengan rim lidi berukuran 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang. Ketinggian pelana kekal pada 860 mm dan lapisan non-slip membantu mengurangkan pergerakan penunggang.

Enjin silinder sebaris berkembar bersesaran 803 cc juga tidak disentuh, bermakna ia masih menghasilkan 73 hp pada 8,250 rpm dan 67 Nm pada 5,750 rpm.

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Fasthouse turut memperkenalkan koleksi mereka yang merangkumi baju T lengan panjang dan pendek, jaket serta topi.

Previous post

Lamborghini Countach Mula-Mula Muncul 50 Tahun Dahulu

Next post

Kia EV6 Didedahkan Sepenuhnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *