Berita Auto

Dodge Charger Restomod Jahat Milik Kevin Hart Siap Dibina

Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood iaitu Kevin Hart merupakan seorang peminat kereta, dengan sebahagian besar koleksinya terdiri daripada kereta ‘muscle’ Amerika. Jika anda masih ingat, beliau pernah memiliki sebuah Plymouth Barracuda yang ditala oleh SpeedKore namun kereta tersebut terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Bagaimanapun, peristiwa hitam itu tidak menghalang Hart untuk memesan sebuah lagi jentera muscle daripada syarikat yang berpangkalan di Wisconsin itu. Untuk projek terbaru ini, sebuah Dodge Charger keluaran 1970 menjadi pilihan Hart.

Dikenali dengan nama jolokan Hellraiser, jentera terbaru ini lebih ‘hardcore’ dengan 1,000 hp dan 1,288 Nm yang dibekalkan oleh enjin ‘Hellephant’ 7.0-liter supercharged V8. Enjin tersebut dihasilkan oleh Mopar dan dijual sebagai kit ‘plug-and-play’ pada 2018.

Selain itu, Hellraiser juga mempunyai panel badan yang diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon. Untuk casis pula, SpeedKore menggunakan sistem suspensi daripada Corvette C6 dengan padanan peredam boleh laras Penske. Rim pula adalah daripada HRE manakala tayar adalah Michelin Pilot Sport 4S.

Seperti yang boleh dilihat, ruang dalamannya juga telah direstorasi sepenuhnya dengan konsep moden retro. Apa yang menarik, tuil gear asal jentera ini telah digantikan dengan tombol rotari seperti yang boleh ditemui di dalam model-model keluaran Jaguar Land Rover. Sangkar keselamatan turut disertakan.

Kos bagi keseluruhan restomod ini tidak dinyatakan namun melihat kepada enjin dan bahan yang digunakan, ia pastinya agak mahal. Apa-apa pun, ia membuktikan yang Hart mempunyai citarasa yang tinggi untuk kereta.

Previous post

Volvo Car Malaysia Lanjutkan Waranti Kepada 5 Tahun Tanpa Had Perbatuan

Next post

Daimler Dinamakan Semula Kepada Mercedes-Benz Spin Off Unit Bas Dan Lori

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *