Bisnes

Daihatsu Malaysia Atasi Sasaran Jualan 2020

Walaupun berhadapan keadaan ekonomi yang mencabar akibat pandemik COVID-19, Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. (DMSB) mengumumkan bahawa mereka berjaya mengatasi sasaran jualan tahun 2020 sebanyak lima peratus dengan 1,410 unit kenderaan terjual sepanjang tahun lalu.

Menurut syarikat itu, jualan yang memberangsangkan dicatatkan pada bulan Julai dan September, dipacu oleh kempen agresif terhadap industri e-dagang, penghantaran dan logistik yang menyaksikan perkembangan pesat semasa pandemik.

Sementara itu, jualan korporat syarikat pula meningkat sebanyak 10% berbanding 2019. Ini didorong oleh pesanan berulang (repeat order) dari pelanggan yang yakin dengan produk syarikat serta kempen e-dagang yang dijalankan.

Penyumbang utama prestasi ini adalah Gran Max, yang telah dinamakan sebagai pikap dan van panel no.1 bagi segmen kenderaan komersial ringan (bawah 2.0L) di Malaysia bagi 2020. Secara khususnya, jualan varian van panel Gran Max mencatat peningkatkan sebanyak 26% berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Daihatsu Malaysia telah menjalankan beberapa inisiatif bagi memastikan pemilik mempunyai akses kepada perkhidmatan seepas jualan. Antaranya adalah memberikan perkhidmatan mudah alih (Mobile Service) kepada pelanggan yang berada di dalam kawasan di mana peraturan PKP lebih ketat. Bilik pameran dalam talian turut diperkenalkan memberikan pengalaman pemilikan yang lebih mudah.

Bagi menghadapi tahun 2021 yang dijangkakan lebih mencabar, Daihatsu Malaysia akan memperkenalkan Gran Max baharu yang menampilkan aspek prestasi, keselamatan dan ketahanan yang lebih baik. Selain itu, syarikat itu juga akan menjalinkan kerjasama lebih rapat dengan wakil pengedar bagi memperkukuhkan rangkaian perniagaan mereka di negara ini.

Previous post

Ducati Malaysia Lanjutkan Kempen 'Stay Safe, Ride Free'

Next post

Lamborghini Aventador Lawan Pembahagi Jalan Bangsar - Naik Boleh Turun Tak Boleh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *