Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Malaysia Lanjutkan Kempen ‘Stay Safe, Ride Free’

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Ducati Malaysia akan meneruskan kempen Stay Safe, Ride Free yang menawarkan pelbagai tawaran menarik serta peluang untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif.

Pertama sekali, Ducati Malaysia menawarkan pakej pemilikan menarik untuk rangkaian motosikal Ducati terpilih, termasuk Scrambler. Boleh didapati menerusi laman media sosial Ducati Malaysia, pakej-pakej tersebut disesusaikan mengikut keperluan bagi memaksimumkan kepuasan, nilai dan ketenangan minda pelanggan.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli mana-mana model Ducati semasa kempen ini berlangsung akan menerima sehelai jaket ‘Ducati Smart Jacket’ bernilai RM4,300 secara percuma. Jake ini dilengkapi dengan beg udara yang dapat memberikan perlindungan tambahan semasa menunggang.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah eksklusif Ducati seperti barangan rasmi MotoGP menerusi cabutan bertuah dalam talian. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pelanggan hanya perlu berbelanja serendah RM210 di kedai Facebook Ducati Malaysia. Pemenang akan diumumkan menerusi laman media sosial.

Akhir sekali, pemilik Ducati yang ingin menghantar jentera mereka untuk servis dan penyelanggaraan namun tidak boleh berbuat demikian akibat PKP boleh menggunakan perkhidmatan ‘Ducati on Demand’. Dengan bayaran hanya RM100 (untuk kawasan Lembah Klang), Ducati Malaysia akan mengambil motosikal anda dan menghantarnya semula setelah servis selesai.

Previous post

Lexus LS 500 Dibuka Untuk Tempahan - Dari RM1.02 Juta

Next post

Daihatsu Malaysia Atasi Sasaran Jualan 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *