Berita Auto

BMW X7 Versi CKD Bakal Dilancarkan – RM708,000

BMW Group Malaysia hari ini mempertontonkan model terbaru yang menyertai barisan pemasangan tempatan (CKD) mereka iaitu BMW X7. Seperti versi CBU yang dilancarkan di sini pada Julai 2019, versi CKD ini akan ditawarkan dalam trim xDrive40i Pure Excellence.

Ini bermakna SUV besar ini dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris yang menjana kuasa maksimum sebanyak 340 hp dan 450 Nm. Dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan yang memacu keempat-empat roda, ia mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 6.1 saat.

Untuk suspensi pula, Executive Drive Pro dengan Active Roll Stabilisation dan sistem suspensi udara meningkatkan keselesaan, begitu juga dengan sistem Dynamic Damper Control.

Berikut adalah kelengkapan standard yang disertakan pada X7 versi CKD ini:

Luaran

  • Lampu Laserlight dengan High Beam Assistant
  • Lampu kabus LED
  • Rim aloi Y-spoke berukuran 21 inci
  • Tailgate elektrik dengan Comfort Access
  • Lima pilihan warna – Black Sapphire, Sophisto Grey, Phytonic Blue, Manhattan Metallic and Mineral White

Dalaman

  • Kluster instrumen digital 12.3 inci dengan BMW Operating System 7.0
  • Skrin sentuh 12.3 inci
  • Paparan Head-Up
  • BMW Intelligent Personal Assistant
  • BMW Gesture Control
  • Welcome Light Carpet
  • Sistem pendingin hawa lima zon
  • Sistem audio Harman Kardon dengan 16 pembesar suara
  • Sistem Rear Entertainment Professional
  • Panorama Roof Sky Lounge

Sistem bantuan pemandu

X7 didatangkan standard dengan teknologi Personal CoPilot yang merangkumi:

  • Parking Assistant Plus
  • Reversing Assistant

Selain itu, terdapat juga pakej Driving Assistant yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Lane Departure Warning
  • Lane Change Warning
  • Front Collision Warning With Brake Intervention
  • Active Cruise Control dengan fungsi Stop & Go
  • Integral Active Steering

Harga anggaran (harga atas jalan, tanpa insurans) X7 xDrive40i Pure Excellence versi CKD adalah RM708,000 dengan pengecualian cukai jualan. Untuk perbandingan, versi yang diimport sepenuhnya ditawarkan pada ahrga RM861,846 dengan pengecualian SST, bermakna pembeli versi CKD akan menikmati penjimatan bernilai lebih daripada RM153,000.

Previous post

Mazda MX5 Adalah Kereta Yang Paling Reliable

Next post

MINI Countryman Versi Facelift Dilancarkan Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *