Berita Auto

Lamborghini Lantik Pengedar Baharu di Malaysia

SunAgata Supercars Sdn Bhd (SSSB) telah mengesahkan bahawa ia telah dilantik sebagai pengedar eksklusif kenderaan Lamborghini di Malaysia bermula 1 Januari 2021.

Beroperasi di bawah nama Lamborghini Kuala Lumpur (LKL), syarikat itu juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan mengedarkan alat ganti. LKL akan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Roland Chan, yang berkhidmat bersama pasukan profesional yang berpengalaman dalam bidang automotif.

Buat sementara itu, servis akan dijalankan di fasiliti sementara di Audi Centre Glenmarie yang beralamat di 27, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor.

Menurut SSSB, sebuah bengkel berkelas dunia akan mula beroperasi pada Mac tahun hadapan, manakala sebuah pusat 3S di Glenmarie dijangka siap menjelang suku kedua.

Previous post

Tahun 2020 Merupakan Tahun Pelbagai Pencapaian Untuk Toyota Thailand

Next post

Perodua Berjaya Mengatasi Sasaran Jualan 2020 Dengan Lebih Daripada 10 Ribu Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *