Bisnes

Jualan Global Volvo Jatuh 6.2% Pada 2020

Umum mengetahui bahawa penularan wabak COVID-19 banyak menjejaskan perniagaan pengeluar-pengeluar kenderaan termasuk jenama mewah seperti Volvo.

Menurut Volvo, prestasi jualan mereka merosot sebanyak 21% pada separuh pertama 2020 berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Syarikat dari Sweden itu bangkit pada separuh kedua apabila mencatatkan pertumbuhan jualan setiap bulan dari bulan Jun dan seterusnya. Hasilnya, jualan meningkat sebanyak 7.4% kepada 391,751 unit berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, jualan keseluruhan Volvo bagi tahun 2020 masih menunjukkan penurunan sebanyak 6.2% berbanding tahun 2019 dengan 661,713 unit. Jika dilihat dari sudut positif, syarikat itu berkata ia berjaya meningkatkan bahagian pasaran di semua pasaran utamanya bagi tempoh 11 bulan pertama tahun itu.

Di China, sejumlah 166,617 unit kereta Volvo terjual pada lalu, mewakili peningkatan sebanyak 7.5% berbanding tahun lalu manakala di Amerika Syarikat pula, syarikat itu berjaya menjual 110,129 unit kenderaan, naik 1.8% berbanding 2019. Sebahagian besar daripada jualan di kedua-dua negara tersebut dipacu oleh sambutan yang hebat untuk SUV.

Di Eropah pula, Volvo menyaksikan permintaan yang memberangsangkan untuk barisan model Recharge mereka di beberapa pasaran utama. Walaupun begitu, jualan keseluruhan mencatatkan penyusutan sebanyak 15.5%.

Jadual berikut menunjukkan perincian prestasi jualan Volvo bagi tahun 2020:

XC60 muncul sebagai model terlaris dengan 191,696 unit terjual, diikuti dengan XC40 dengan 185,406 unit dan XC90 dengan 92,458 unit.

Akhir sekali, Volvo turut mendedahkan bahawa jumlah pelanggan yang memilih program langganan kenderaan mereka meningkat sekali ganda pada tahun lalu.

Previous post

Geely Catat Jualan 1.32 Juta Unit Pada 2020

Next post

Lexus RX 300 Dan ES 250 Kini Lebih Eksklusif

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *